Tuesday, September 30, 2014

BAB 10 TING 4: PERBANDARAN

1.        Sejarah pembandaran di negara kita sangat berkait rapat dengan kegiatan ekonomi.
(a)    Senaraikan dua buah bandar yang wujud kerana kegiatan perlombongan.
(i)  Ipoh, Seremban,Miri
(ii) Kuala Lumpur, Taiping,
[2 markah]

(b)    Pihak penjajah British lebih memberi tumpuan dalam membangunkan pembandaran di pantai barat Tanah Melayu berbanding di pantai timur Tanah Melayu.
Mengapakah British bertindak sedemikian?

Pusat pentadbiran
Kawasan kaya dengan bijih timah
Kawasan yang subur dengan tanaman getah
Kawasan utama kegiatan ekonomi British
[2 markah]
(c)     Bandar Sungai Lembing merupakan suatu contoh bandar mati di negara kita.
Mengapakah fenomena bandar mati boleh terjadi?

Sumber bahan mentah habis
Kemerosotan kegiatan ekonomi
Perpindahan keluar penduduk
Pembinaan bandar baru di kawasan berhampiran
Jauh daripada jalan utama
ulasan # kebanyakan bandar mati kerana fungsi bandar dari aspek ekonomi dan pentadbiran merosot. Justeru bagi soalan (d), pelajar mesti memahami bagaimana faktor ekonomi dan pentadbiran boleh memajukan sesebuah bandar
[ 2 markah]

(d)    Pada pendapat anda, bagaimanakah sesebuah bandar mati boleh dimajukan.
Membuka kawasan perindustrian
Membuka kawasan perniagaan
Menaiktaraf jalan perhubungan


[ 2 markah ]

(e)     Mutakhir ini, pakar perancangan bandar mengemukakan konsep bandar bestari seperti Putrajaya dan Cyberjaya.
Wajarkah konsep bandar bestari diperluaskan di Malaysia. Beri alasan anda.

# ulasan : bagi soalan ini,pelajar mesti menyatakan pendirian terlebih dahulu, iaitu wajar atau tidak wajar. Selepas itu beri alasan yang selari dengan pendirian anda.

Konsep bandar bestari tidak wajar diperluaskan. Ianya kerana pembinaan bandar bestari memerlukan kos yang besar yang akan menyebabkan kos hidup penduduk sekitarnya meningkat.

# dengan jawapan di atas pelajar akan mendapat 2 markah walaupun memilih jawapan tidak wajar.

[ 2 markah ]


sumber soalan: soalan PP Melaka

2 comments: