Tuesday, September 9, 2014

BAB 4 TING 5: MALAYAN UNION 1946

MALAYAN UNION
1.         Terangkan sebab-sebab British memperkenalkan Malayan Union.
            - Dapat jimatkan kos pentadbiran
            - Boleh melicinkan pentadbiran
            - Sebagai persediaan ke arah berkerajaan sendiri
            -Mengawal kuasa politik orang Melayu
            -Untuk membantuk bangsa Malayan Union
            -Supaya orang dagang melupakan negara asal
            -Supaya orang dagang taat setia
            -memastikan tenaga kerja mencukupi
            -memastikan ekonomi berkembang
            -untuk menguasai bahan mentah

2.         Nyatakan ciri-ciri Malayan Union seperti yang tercatat dalam perlembagaannya
            -Semua Negeri-negeri Melayu serta Melaka dan Pulau Pinang disatukan
            -Singapura dikecualikan
            -pentadbiran diketuai oleh Gabenor British – dilantik oleh Ratu England
            -Kewarganegaraan sama rata – melalui prinsip jus soli
            -Raja-raja Melayu menganggotai Majlis Raja-raja Melayu
            - Pesuruhjaya Negeri mengetuai pentabiran negeri


3.         Terangkan faktor orang Melayu menentang pelaksanaan Malayan Union pada tahun 1946 di Tanah Melayu ?                                                                                         

- Membantah cara Harold Mac Micheal
- mengugut sultan  - akan diturunkan daripada takhta                                                                                                                        
            - Sultan tidak diberi masa untuk berunding
- Terdapat sultan yang tandatangan persetujuan Malayan Union kerana dasar  
   setia  kawan dengan British

-Masa yang tidak sesuai untuk pembaharuan politik
-Menetang penghakisan kuasa raja Melayu
-Raja hanya menjadi ahli Majlis Raja-raja
-tanpa sebarang kuasa
-hilang takhta
-hilang kredibiliti

-Orang Melayu bimbang agama Islam akan tercabar
            -Gabenor terlibat dalam pungutan Zakat

-Pemberian kerakyatan yang longar kepada orang dagang
-Mengancam status quo orang Melayu
-bilangan orang Melayu mengecil
- ekonomi dan pendidikan Melayu terancam

Bimbang kehilangan warisan kerajaan Melayu
            - tulisan jawi
            -Bahasa Melayu
            -hapuskan sejarah Kesultanan Melayu Melaka 


4.         Jelaskan tindakan orang Melayu menentang penubuhan Malayan Union             

Akhbar Melayu suarakan bantahan
Seperti Utusan Melayu, Majlis, Warta Negara

Mengadakan demonstrasi secara damai
Semasa MacMicheal dapatkan tandatangan sultan
Di Kota Bahru dan Alor Setar

Persatuan-persatuan Melayu dihidupkan semula
Menghantar surat bantahan
Dan telegram ke London

Dato Onn menyeru orang Melayu berkongres

Kongress Melayu pertama di Kuala Lumpur
Dihadiri 41 persatuan Melayu
Bersetuju menubuhkan UMNO

Kongress Melayu Kedua
Membantah peristiharaan Malayan Union
Gesa orang Melayu berkabung selama 7 hari
Meminta raja-raja memulaukan Majlis Malayan Union

Mengadakan rapat umum di setiap bandar besar
Menunjukkan bantahan kepada wakil Parlimen British/LD Gamman, Rees William

Raja-raja Melayu berkumpul di Kuala Kangsar

Menyatakan bantahan kepada wakil parlimen British


Malayan Union menukar status Tanah Melayu kepada tanah jajahan mahkota British
Mengapakah rakyat tidak mahu Tanah Melayu dijajah?

Akhbar melaporkan berita raja-raja Melayu turut membantah perlaksanaan 
pentadbiran Malayan Union

No comments:

Post a Comment