Tuesday, September 9, 2014

BAB 9 TING 5 : BLOK DUNIA DAN PERANG DINGIN

Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, negara-negara di dunia terus berpecah sehingga munculnya blok dunia dan Perang Dingin.

1.         Jelaskan maksud blok dunia.
            i)   negara yang sehaluan bersatu
            ii)  bertindak secara bersama
            iii)  menjaga kepentingan ahli/ blok masing-masing
            iv)  terbentuk beradsaskan politik iaitu kemokratik atau komunis
            v)  berasaskan ekonomi iaitu pasaran bebas atau sosialis
            vi)  berasaskan sosial iaitu kebebasan sepenuhnya atau dikawal
            vii)   terbentuk berasaskan geopolitik

2.         Terangkan bagaimana Perang Dingin terjadi/ berlaku.
            -  berlaku sejak tamatnya Perang Dunia Kedua
            -   berlaku kerana perbezaan ideology
            -  blok kapitalis diketuai Amerika syarikat
            - blok komunis diketuai Soviet union
            -  berlaku prsaingan antara blok  kapitalis dan blok komunis
            -  bagaimanapun tidak berlaku konflik bersenjata
            -  setiap blok cuba buktikan kekuatan masing-masing
            -  caranya sebarkan pengaruh /ideologi
            - memajukan kepentingan masing-masing
            - berikan bantuan ekonomi dan ketenteraan kepada negara Eropah dan Asia



3.         Bandingkan ideologi blok kapitalis dan blok komunis
-  Dari aspek politik kapitalis mengamalkan sistem demokratik dan komunis pemerintahan secara diktator
- Kapitalis memilih kerajaan secara pilihanraya, manakala komunis hanya iktiraf  Parti Komunis sahaja
-  Dari aspek ekonomi kapitalis benarkan pemilikan individu, manakala pemilikan oleh kerajaan.
- Kapitalis menjamin kebebasan individu manakala komunis mengawal kebebasan individu.

4.         Sebagai seorang pemimpin Malaysia/ Dunia Ketiga,bagaimanakah anda boleh mengelak daripada terlibat dalam Perang Dingin.
            -  mengamalkan dasar berkecuali
            - menjalin hubungan dengan semua negara tanpa mengira ideology
            - tidak terikat dengan mana-mana blok
            - tidak menyokong atau menentang mana-mana blok
            - membuat keputusan secara diplomasi
            - bersaing secara sihat dengan semua negara
            - menyelesaikan masalah secara rundingan
            - berpegang pada prinsip keamanan sejagat
            - merujuk kepada PBB/ Mahkamah Antarabangsa jika timbul konflik antara negara

5.         Apakah kebaikan / faedah  dasar berkecuali yang di amalkan oleh Malaysia dalam menangani  Perang Dingin?
            - jalin hubungan baik dengan semua negara
            -negara aman dan damai
            - keselamatan negara terjamin
            - ekonomi negara terus berkembang
            - Pemimpin bebas membuat keputusan
            - Malaysia dihormati negara lain
            - menaikkan imej negara

source:  http://www.designer-daily.com/examples-of-american-cold-war-propaganda-2918
Gambar di atas adalah satu contoh komik yangditerbitkan sebagai satu propaganda
 semasa era Perang Dingin


source: internet
Tembok Berlin dibina memisahkan Jerman barat dan Jerman Timur semasa era Perang Dingin

Perang Dingin berkaitan dengan persaingan senjata nuklear


No comments:

Post a Comment