Tuesday, September 30, 2014

BAB 9 TING 4: REVOLUSI PERINDUSTRIAN

1.        Revolusi Perindustrian paling awal di Eropah telah berlaku di Britain.
(a)     Terangkan sebab-sebab berlakunya Revolusi Perindustrian di Britain.
[4 markah]
  • peladang kaya melabur dalam bidang perindustrian -sanggup hadapi risiko
  • Revolusi pertanian mampu sediakan bekalan makanan yang mencukupi -tidak perlu import makanan - dana berlebihan dilabur dalam perindustrian
  • memiliki buruh kilang yang ramai
  • rekaan dalam bidang sains dan teknologi - cipta Spinning Jenny iaitu alat pemintal benang
  • semangat dan kegiatan keusahawanan - contoh James Watt - keluarkan engin wap untuk pasaran antarabangsa 

(b)    Jelaskan kesan Revolusi Perindustrian terhadap peradaban manusia.
[6 markah]

  • kegiatan pengilangan menjadi aktiviti ekonomi utama negara - sistem perkilangan diperkenalkan - ramai rakyat Britain terlibat dalam industri - sumbangan sektor pertanian berkurangan
  • Barangan kilang Britain dieksport - mendapat keuntungan besar -Britain eksport modal ke seberang laut
  • Britain menjadi negara penjajah- menjadi kuasa maritim dunia

(c)     Negara Malaysia memberi tumpuan kepada sektor perindustrian dalam usaha untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020.
(i)          Pada pendapat anda, apakah faedah yang diperoleh negara Malaysia dengan menjadi negara perindustrian yang maju?
[4 markah]
(ii)        Cadangkan usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk menggiatkan lagi sektor perindustrian di negara kita.
[6 markah]




#ulasan : soalan a dan b memerlukan pelajar mencari fakta yang terdapat di dalam buku teks. Soalan c adalah soalan berbentuk kbkk yang cukup jika pelajar memberikan jawapan yang munasabah.


              justeru saya hanya memberi idea bagi soalan c

c i) -  Faedah yang diperoleh negara kita ialah:
  • peluang pekerjaan bertambah - kurangkan kadar pengangguran
  • pendapatan rakyat meningkat - meningkatkan taraf hidup
  • ekonomi negara meningkat - negara makmur dan sejahtera
  • barangan malaysia dieksport - imej negarameningkat
# berpandukan maklumat diatas siapkan esei ringkas anda.


c ii)   Usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk menggiatkan lagi sektor perindustrian negara ialah dengan:

  • menyediakan pusat dan peluang latihan untuk lepasan sekolah dalam bidang teknikal - dapat menyediakan tenaga pekerja yang mencukupi
  • menyediakan bantuan modal dan nasihat - menarik lebih ramai usahawan muda
  • menyediakan prasarana yang lengkap - dapat menarik pelabur asing
  • memberi pengecualian cukai dan taraf perintis - menarik pelabur asing

#  soalan ini bertemakan ekonomi. 


jentera pemintal benang

[abc.bmp]
Rocket oleh George Stepenson




sumber: ppmelaka

No comments:

Post a Comment