Saturday, September 13, 2014

BAB 9 TING 4: PENJELAJAHAN DAN PENEROKAAN

Penjelajahan dan penerokaan para pelaut Eropah ke Timur telah menyebabkan pertembungan dengan penduduk tempatan.

(a) Namakan negara monarki baru yang mempelopori penjelajahan dan penerokaan keluar dari benua       Eropah

      Sepanyol, Portugal, Belanda, Britain

(b) Namakan tokoh tokoh pelayaran Eropah yang memulakan penerokaan dan penjelajahan ke dunia       baru.

      Vasco da Gama, Bartholomew Diaz, Christopher Columbus, Ferdinand Magellan, Henru the             Navigator

(c)
Jelaskan faktor-faktor penjelajahan dan penerokaan pelaut Eropah ke Timur ?
 [4 markah]
Faktor penjelajahan dan penerokan pelaut Eropah adalah disebabkan desakan ekonomi. Mereka mahu mendapatkan pelabagai barangan mewah seperti emas, sutera dan rempah.
Faktor seterusnya ialah semangat keagamaan iaitu mahu menyebarkan pengaruh agama Kristian.
Faktor lain ialah galakan daripada daripada pemerintah seperti di Sepanyol dan Portugal. Kedua-dua Negara saling bersaing untuk mendapatkan anah jajahan.
Faktor terakhir ialah galakan oleh monarki baru seperti England, Perancis dan Belanda. Penjelajahan dilakukan atas prinsip semangat kebanggaan bangsa.
(ulasan: ingat kata kuncinya Gold, Gospel dan Glory)

(b)
  Huraikan kesan penjelajahan dan penerokaan pelaut Eropah terhadap  penduduk                        tempatan ?                                                                                                                 [4 markah]

Kesan  ekonomi daripada penjelajahan dan penerokaan pelaut Eropah telah menjadikan wilayah-wilayah di Timur sebagai pembekal keperluan masyarakat Eropah. Barangan seperti rempah dan sutera telah meningkatkan ekonomi dan gaya hidup Eropah. Akibatnya Melaka telah di jajah.
Kesan lain ialah pelaut Eropah seperti  Portugal telah menguasai dan merampas jalan pelayaran perdagangan. Dahulunya dikuasai oleh pedagang Islam.

Kata kunci lain yang boleh anda kuasai ialah
-  kesan sosial - gaya hidup
-  kesan politik - peperangaan - penjajahan - Goa, Melaka, Filipina

(ulasan : dengan teknik penulisan yang baik, anda akan mendapat empat markah hanya dengan menerangkan kesan ekonomi. Markah ditanda dengan kata kunci yang digelapkan. Justeru memadai anda mengingat dua fakta dan membuat hurai yang lengkap)



laluan penjelajahan portugis ke timur mencari dunia baru


Senaraikan nama-nama penjelahan awal Portugis di atas?  

Apakah iktibar yang boleh dipelajari daripada penjelahanan dan penerokaan orang Eropah untuk diri anda?     ( 6 markah)



Pelabuhan Lisbon: penjelajahan dan penerokaan dunia baru
 telah memperkayakan Eropah
sumber: http://www.saudiaramcoworld.com/issue/200504/the.coming.of.the.portuguese.htm

No comments:

Post a Comment