Sunday, June 21, 2015

Peranan Akhbar dan Majalah Dalam Gerakan Kebangsaan

Akhbar dan majalah diakui telah memainkan peranan penting dalam gerakan nasionalisme di Tanah Melayu mulai tahun 1930-an. Ini dapat dilihat daripada pernyataan berikut;
      “Melalui usaha memberikan maklumat, rakyat umum memahami isu politik, isu kebajikan rakyat, tuntutan demokrasi dan perjuangan kemerdekaan yang harus diperjuangkan oleh semua pihak. Akhbar-akhbar itu bukan sahaja berusaha menyedarkan rakyat umum, malah turut menyampaikan mesej kepada raja dan golongan bangsawan supaya bertindak demi kepentingan bangsa Melayu”
                                                  (Sumber: Ishak Saat dlm  KEMANUSIAAN 17 (2010), 65–89  (muat turun)

a)    Namakan dua akhbar atau majalah yang memainkan peranan tersebut.

        …………………………………………………………………………………………........................

        ………………………………………………………………………………………...........................
                                                                                                                                                        [ 2 markah]

b)   Nyatakan  dua  isu pendidikan yang dibangkitkan oleh akhbar Melayu pada tahun 1930 an.

        ………………………………………………………………………………………….....................

       ………………………………………………………………………………………..........................
                                                                                                                                   [2 markah]

c)   Pada pendapat anda, mengapakah akhbar dan majalah mampu mempengaruhi masyarakat   
       pada ketika itu.

             ………………………………………………………………………………………........................

             …………………………………………………………………………………………. ..................
    [2 markah]

       d)  Sekiranya anda sebagai seorang penulis akbar dan majalah pada masa kini, apakah isu                    berkaitan golongan remaja yang akan anda tulis?

             ………………………………………………………………………………………..........................

              ………………………………………………………………………………………….....................
                        [2 markah]    
e)   Adakah akhbar dan majalah masih memainkan peranan penting dalam proses membentuk masyarakat yang patriotik pada masa kini?
      Berikan penjelasan anda.

             ………………………………………………………………………………………..........................

            …………………………………………………………………………………………......................

                                                                                                                                          [2 markah ]


Cadangan jawapan
a)  Lembaga Malaya
           Majlis
           Utusan Melayu
           Warta Negara
           Fajar Sarawak
           Majalah Guru
           Pengasuh
           Bulan Melayu

     b)  Memajukan pendidikan orang Melayu
          Galakkan pendidikan untuk anak perempuan
          Menyeru orang Melayu meninggalkan sikap negative
          Menggalakkan tabungan untuk pendidikan anak-anak
          Mementingkan kemahiran tradisional seperti pertukangan
          Mementingkan pendidikan Bahasa Inggeris
          Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki dengan memberi nilai ekonomi
          Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
          Menyeru orang Melayu tidak meninggalkan pendidikan Islam
            Mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat Melayu

     c)  Semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat
         Semangat ingin tahu
         Kemajuan sistem pendidikan
         Mudah di perolehi
         Harga mampu milik
         Tiada media sosial lain
         Penulisan yang bernas
         Kemunculan ramai wartawan yang berwibawa
         Menyediakan ruangan untuk soaljawab
         Menunjukkan semangat patriotik

    d)  Pengukuhan akhlak remaja
         Cabaran semasa
         Pendidikan remaja
         Kemahiran yang perlu dikuasai remaja
         Kepentingan sukan
         Penyalahgunaan dadah/bahan terlarang
         Masalah keruntuhan nilai-nilai agama/moral
           Semangat cintakan negara

    e)  Ya.
         Memaparkan berita kejayaan Malaysia.
         Menyeru kepada semangat perpaduan
         Memupuk semangat cintakan negara
         Menyiarkan masalah yang dihadapi rakyat

        Tidak
        Telivisyen dan radio lebih berpengaruh.
        Pembaca surat khabar berkurangan
        Beralih kepada media alternative
        Kurang rencana berkaitan patriotisme/cintakan negara
        Peranan diambil alih oleh sekolah/sistem pendidikan.
        Lambakan majalah hiburan /picisan.
        Kurang minat membaca dikalangan remaja.

# jawapan hendaklah dijawab dalam ayat lengkap

Kerajaan Maritim

   sumber:http://www.keralatourismpackages.co.in/blog/wpcontent/uploads/2014/05/Calicut_1572.jpg


            Gambar di atas merupakan gambaran kegiatan utama kerajaan awal yang bersifat kerajaan maritim. Kerajaan maritim  sentiasa berusaha memajukan ekonomi perdagangan.

a)         Jika anda sebagai seorang anak raja semasa zaman kerajaan awal, jelaskan lokasi yang akan anda pilih untuk membina sebuah kerajaan maritim yang baru.
            ....................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
                                                                                                                                       [2 markah]
b)         Terangkan kemudahan yang akan anda bina untuk memajukan kerajaan maritim tersebut.
            ....................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
                                                                                                                                       [4 markah]
c)         Kejayaan kerajaan maritim bergantung kepada rakyatnya.
            Jelaskan peranan rakyat dalam membangunkan sesebuah kerajaan maritim.

....................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

                                                                                                                                       [4 markah]

Pakatan Murni

            PAKATAN MURNI

a)         Apakah maksud pakatan Murni.                                                                           [2 m]

Pakatan Murni ialah usaha rakyat Tanah Melayu untuk bekerjasama dan lakukan tolak ansur politik. Dilakukan melalui rundingan untuk menyelesaikan masalah bagi mencapai kemerdekaan

b)         Jelaskan usaha yang telah dilakukan oleh rakyat Tanah Melayu untuk mencapai  Pakatan Murni.                                                                                                     [10m]

                        Usaha yang dilakukan untuk mencapai pakatan murni ialah menubuhkan CLC / Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum. Ianya disertai kaum Melayu dan Cina. Kaum Melayu diketuai oleh Dato Onn bin Jaafar. Kaum Cina diketuai oleh Tan Cheng Lock. Selepas itu CLC turut disertai wakil orang India, Serani dan Sri Lanka.

                        Dato Onn bin Jaafar cadangkan ahli UMNO di buka kepada semua kaum. Cadangan Dato Onn bin Jaafar dibantah. Beliau keluar dari UMNO.

                        Dato Onn bin Jaafar menubuhkan parti IMP / Parti Kemerdekaan Malaya. Keahlian IMP dibuka kepada semua kaum, tetapi gagal mendapat sokongan. Kemudian Dato Onn tubuhkan Parti Negara yang terbuka kepada semua kaum.

                        Kerjasama antara UMNO dan MCA dalam pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur. Mereka mencapai kemenangan besar. Seterusnya UMNO dan MCA membentuk Parti Perikatan. Kemudian MIC turut sertai Parti Perikatan.



c)        Mengapakah semangat daripada Pakatan Murni wajar terus diamalkan oleh rakyat Malaysia pada masa kini.                                                                                          [8m]

                        Semangat  Pakatan Murni wajar terus diamalkan oleh rakyat Malaysia kerana ianya boleh mengekalkan perpaduan  agar negara terus aman dan damai. Pakatan Murni juga dapat memberi keadilan untuk rakyat agar Malaysia terus maju.

Pakatan Murni juga dapat melahirkan pemimpin dan rakyat yang rasional agar masalah dapat diselesaikan secara baik. Ini akan menaikkan imej negara. Pakatan murni juga dapat melatih pemimpin dan rakyat lebih berdiplomasi supaya negara ditadbir dengan baik. Semangat pakatan murni juga akan melahirkan rakyat yang cintakan negara.

d)         Pakatan Murni telah berjaya menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman dan damai. Berikan penjelasan anda.                                                                                      [6m]
Bukti kejayaan pakatan murni ialah rakyat pelbagai kaum saling bersatu padu. Tidak berlaku pergaduhan antara kaum di negara kita lagi. Rakyat mendapat keadilan berdasarkan perlembagaan negara.

Negara lain menghormati Malaysia sebagai sebuah negara yang aman. Negara lain seperti Thailand dan Filipina meminta kemahiran diplomasi Malaysia untuk menyelesaikan masalah dalaman mereka.

Rakyat sentiasa menyokong usaha kerajaan membangunkan negara. Rakyat mendapat faedah daripada semangat 1Malaysia.


e)         Pada pandangan anda, apakah yang mungkin terjadi jika masyarakat di negara kita mengabaikan prinsip pakatan murni?                                                                 [6m]

                       Jika masyarakat mengabaikan prinsip pakatan murni tidak wujud perpaduan kaum yang akan menyebabkan keadaan tidak aman dalam negara. Rakyat juga tidak akan mendapat keadilan kerana tiadanya semangat bertolak ansur.

                       Perbalahan juga akan berlaku kerana tiadanya sikap rasional semasa membuat keputusan. Ini akan menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan rakyat. Prinsip diplomasi juga tidak dapat diamalkan kerana sikap mementingkan diri sendiri. Ini akan menyukarkan pentadbiran negara.


                       Rakyat tidak akan menyokong usaha kerajaan membangunkan negara. Akhirnya ekonomi negara merosot. Imej negara juga akan terjejas kerana tiadanya perasaan cintakan negara.

           # fakta berkaitan Pakatan Murni banyak di dalam buku teks. Anda boleh merujuk kepada buku teks untuk menambah fakta di atas.