Tuesday, September 9, 2014

BAB 3TING 5: MEMAHAMI TENTANG PEMBINAN NEGARA BANGSA MODEN DI EROPAH

NOTA DI BAWAH ADALAH UNTUK MEMUDAHKAN KEFAHAMAN PELAJAR TENTANG PEMBINAAN NEGARA BANGSA MODEN EROPAH.


3.1.1     Pembinaan Negara dan Bangsa   [mukasurat 67-71]
1.         Konsep negara bangsa moden merujuk kepada pembinaan Negara berasaskan bangsa dan bahasa yang sama. Ini berbeza dengan bentuk negara feudal yang berasaskan penjajahan oleh negara yang lebih kuat/ dominan.

2.         Idea Negara bangsa bermula dengan peristiwa
            i. Revolusi Inggeris
            ii. Perang kemerdekaan Amerika
            iii. Revolusi Perancis

3.         Kebangkitan nasionalisme dan idea negara bangsa mengancam kuasa imperialis/ penjajah di               Eropah
            Kuasa imperialis yang dimaksudkan ialah:
            i.          Turki
            ii.         Austria - Hungary
            iii.        Rusia

4.         Idea negara bangsa dikukuhkan melalui Deklarasi 14 Perkara Woodraw Wilson yang memperakukan
            i.          nasib bangsa ditentukan oleh rakyat
            ii.         sempadan negara berasaskan bangsa
            #          kesannya Empayar Austria- Hungary dan Turki dipecahkan selepas kalah dalam  
Perang Dunia Pertama

5.         Penyatuan negara bangsa Italy (1870)
·         Sebahagian wilayah utara Itali dikuasai Austria
·         Count Camillo Benso berusaha menyatukan Itali
·         Mengunakan amalan realpolitik  ( mewajarkan penggunaan tipu helah, kekerasan, senjata dan peperangan untuk mencapai matlamat)
·         Mendapatkan kerjasama pemerintah Perancis ( Napoleon III) mengalahkan Austria
·         Membantu Prussia (German) mengalahkan Austria

6.         Penyatuan negara bangsa German
·         Diketuai oleh Otto Eduard von Bismarck
·         Mengamalkan realpolitik serta politik darah dan besi
·         Menggunakan tipu helah, pemalsuan dokumen, provokasi, ugutan
·         Rakyat menerima sistem dictator yang diamalkan Bismarck
·         Gunakan isu membenci bangsa asing untuk bangkitkan semangat rakyat
·         Berjaya membentuk negara German pada 1871

7.         Pembentukan Negara Islam Madinah
·         Nabi Muhammad s.a.w  menyusun perlembagaan terlebih dahulu
·         Perlembagaan menyatukan orang Arab, Yahudi dan Kristian
·         Menggunakan diplomasi,musyawarah dan permuafakatan


No comments:

Post a Comment