Thursday, September 18, 2014

TEMA UMUM KERTAS 3 SEJARAH SPM 2014








XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX



Calon-calon SPM 2014 sudah boleh mula menelaah buku teks Tingkatan 5 : Bab 7 (m/s 160 - 187) untuk memahami aspek berkaitan demokrasi berparlimen. Jangan tunggu cikgu ye.....pastikan anda boleh mendapat 20%.

Selamat berusaha...


LANGKAH 1: Calon mesti merujuk kepada huraian sukatan pelajaran bagi bab 7 berkaitan Sistem pemerintahan negara kita. Rujuk paparan di bawah.

Bagi soalan berkaitan dengan nilai/patriotisme/iktibar boleh di rujuk terus kepada huraian sukatan ini.




LANGKAH KEDUA : Membaca buku teks, mencari maklumat daripada sumber lain serta berbincang dengan guru.

Baca disini http://www.parlimen.gov.my/maklumat-umum.html?uweb=dn&

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PENGENALAN:  Takrifan demokrasi berparlimen.  Latar belakang demokrasi berparlimen di Malaysia.  ( buku teks ms161-162)  - 5 -10 isi
  • rakyat terlibat dalam sistem pemerintahan negara
  • Raja-raja menjadi lambang taat setia rakyat
  • rakyat berpeluang membentuk kerajaan
  • dengan cara memilih wakil mereka
  • melalui proses pilihanraya
  • rakyat bebas menyokong, mengekal atau menukar kerajaan
latarbelakang
  • sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan diamalkan mulai tahun1957/ sejak merdeka
  • Perlembagaan Malaysia sebagai sebagai garis panduannya
  • berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil

KONSTRUK MENGANALISIS : 

BIDANG KUASA BADAN PELAKSANA (EKSEKUTIF) DALAM PENTADBIRAN NEGARA

  • Jemaah Menteri atau Kabinet sebagai badan pelaksana dasar-dasar kerajaan
  • sebagai pembuat dasar tertinggi negara
  • dalam semua perkara
  • Perdana Menteri adalah Ketua Jemaah Menteri
  • Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri turut mengetuai sesebuah kemanterian
  • Kementerian bertangungjawab menggubal dasar kerajaan, merancang dan menyelaras program pembangunan ekonomi dan sosial
  • Kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri dan setiausaha Parlimen
  • Perkhidmatan Awam di ketuai oleh Ketua Setiausaha Negara
  • Bertanggungjawab keatas perjalanan kementerian dan jabatan di bawahnya
  • pentadbiran Kementerian diketuai oleh Ketua Setiuasaha Kementerian 
  • dan dibantu oleh kumpulan pegawai perkhidmatan awam
  • Kakitangan awam bertanggungjawab melaksanakn dasar dan tugas yang ditetapkan oleh kementerian
  • Kementerian mempunyai jabatan diperingkat pusat, negeri dan daerah
  • Jabatan Kerajaan diketuai oleh Ketua Pengarah



KONSTRUK MENGAPLIKASI : PERANAN ANDA DALAM MENGEKALKAN / MENYUBURKAN AMALAN DEMOKRASI DI MALAYSIA


  • berpegang pada prinsip Rukun Negara
  • taat setia kepada raja dan negara
  • patuh kepada undang-undang negara
  • akur kepada prinsip keluhuran perlembagaan
  • menyokong kerajaan yang telah dipilih secara majoriti
  • terlibat dalam pilihanraya - mendaftar sebagai pemilih/pengundi
  • Tidak menyertai pertubuhan haram
  • tidak menyertai domonstrasi haram
  • menghormati hak asasi manusia - seperti yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia
  • mengamalkan nilai bertolak ansur dalam menyelesaikan masalah
  • menyelesaikan masalah secara rundingan/diplomasi
  • mengamalkan sikap terbuka kepada perbezaan pendapat
# cari10-15 isi



KONSTRUK MENILAI: RASIONAL MALAYSIA MENGAMALKAN PRINSIP DEMOKRASI BERPARLIMEN ( kebaikan/ kepentingan juga boleh menggunakan contoh ini)
  • keadilan - memberi keadilan kepada semua rakyat
  • kestabilan politik - memberi peluang kepada semua rakyat terlibat secara langsung
  • diterima ramai - rakyat menyokong penuh amalan demokrasi berparlimen 
  • amalan dunia -hampir semua negara di dunia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen
  • perundingan - mengutamakan musyawarah dalam pentadbiran negara
  • keamanan - berjaya mengekalkan keamanan 
  • keharmonian - berjaya mewujudkan keharmonian antara rakyat yang berbeza ideologi
  • mengekalkan warisan - institusi beraja dapat dikekalkan
  • mengekalkan perpaduan antara kaum
  • terbukti memakmurkan negara - malaysia menuju ke arah negara maju
  • kebebasan politik - setiap parti politik bebas terlibat dalam sistem demokrasi selagi patuh kepada perlembagaan negara
# ulasan: dengan menggunakan kata kunci di atas kembangkan jawapan anda dengan huraian dan contoh yang sesuai.  Cari 10-15 isi.



KONSTRUK MENILAI: KEJAYAAN SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN DALAM MENJANA KEMAKMURAN NEGARA

                       
Klik gambar untuk paparan lebih jelas
sumber : Buletin Sejarah Edisi 2/ 2013

Kejayaan menjana kemakmuran negara hasil daripada pengamalan sistem demokrasi berparlimen ialah :
  • mengekalkan kerajaan yang adil - rakyat mendapat pembelaan yang adil daripada kerajaan
  • kestabilan negara terjamin - pembangunan negara dapat diteruskan mengikut perancangan
  • pemantapan perlembagaan dan undang-undang negara - dapat menjamin keadilan untuk semua pihak
  • perpaduan kaum dapat dikekalkan - apabila rakyat memahami dan menyokong sistem demokrasi yang diamalkan
  • berjaya menjadi negara maju - kesan daripada sistem demokrasi
  • kemakmuran ekonomi negara - hasil daripada pentadbiran yang cekap dan stabil
# ulasan : calon boleh berlatih menjawab soalan ini berpandukan rajah di atas. Setiap isi mesti disambung dengan huraian.  Cari 10-15 isi.


KONSTRUK MENILAI : KEBAIKAN KONSEP PENGASINGAN KUASA YANG DIAMALKAN 

        Konsep pengasingan kuasa antara  tiga badan pemerintah iaitu badan perundangan, badan pelaksana dan badan kehakiman dapat mengelakkan pembolotan kuasa supaya tiada pihak yang menyalah gunakan kuasa dalam pentadbiran negara. Ianya juga dapat mengelakkan pemusatan kuasa di satu pihak sahaja.

         Pengasingan kuasa juga dapat membahagi-bahagikan tugas sesebuah kerajaan agar pentadbiran negara lebih licin, lancar dan berkesan. Ianya membolehkan perlantikan individu yang profesional dalam bidang masing-masing untuk melaksanakan tugas tersebut. Pertindihan kerja juga dapat dielakkan selain daripada mengurangkan beban tugas yang di tanggung. Setiap badan pemerintahan pula dapat membuat teguran  jika berlaku pelanggaran bidangkuasa atau salah guna kuasa.

       Pengasingan kuasa juga memastikan kestabilan negara lebih terjamin justeru semua pihak iaitu ahli politik dan rakyat dapat terlibat dalam pentadbiran negara secara langsung. Pengasingan kuasa dapat menjadikan badan kehakiman sebuah badan yang benar-benar bebas daripada campurtangan pihak berkepentingan.


# ulasan : pelajar mesti boleh membezakan antara konsep pengasingan kuasa badan pemerintah ( buku teks m/s 171) dengan konsep pengagihan kuasa pusat dan negeri (m/s 184-187)








KONSTRUK MENJANA IDEA BARU
 (a)   CABARAN TERHADAP AMALAN DEMOKRASI DI MALAYSIA

  • perbezaan pendapat dan pandangan dalam politik - akibatnya berlaku pertelingkahan yang berpanjangan / berlarutan
  • kemunculan fahaman radikal dalam politik 
  • kurangnya sikap bertolak ansur dalam kalangan parti politik/ pemimpin
  • sikap rakyat yang tidak mengambil berat - contoh tidak menunaikan tanggungjawab dalam pilihanraya 
  • globalisasi yang menyebabkan rakyat terdedah kepada pelbagai nilai luar yang tidak sesuai dengan amalan masyarakat Malaysia
  • menyalahguna kebebasan yang diperuntukkan dalam perlembagaan- akibatnya bangkit pelbagai isu yang menyentuh sensisitivi rakyat

 (b)   LANGKAH MENGATASI CABARAN

  • Setiap orang rakyat/pemimpin/parti politik mesti sentiasa berfikiran terbuka dalam menerima pendapat orang lain. Sentiasa berusaha mencari titik persamaan.
  • Mengetatkan undang-undang dan meningkatkan penguatkuasaan untuk mengelakkan munculnya golongan radikal yang boleh menjejaskan amalan demokrasi berparlimen di Malaysia
  • Setiap parti politik mesti patuh kepada perlembagan, patuh pada prinsip demokrasi berparlimen dan menyelesaikan masalah secara berhemah
  • Rakyat mesti mengunag sikap mereka dengan mengambil berat dan mengambil bahagian dalam proses pilihanraya. Kerajaan perlu mengadakan kempen dan pendidikanuntuk memantapkan amalan demokrsi secara pilihanraya.
  • Kerajaan mesti memantau dan mengawal kebebasan maklumat yang disebarkan di internet agar tiada maklumat /berita berbaur fitnah yang boleh menjejaskan amalan demokrasi di negara kita.
  • Mengutakuasakan undang-undang bagi memastikan tiada isu sensitif yang boleh menjejaskan perpaduan rakyat yang akhirnya akan menghancurkan amalan demokrasi dinegara kita.
  • Mengadakan kempen supaya rakyat memahami sepenuhnya amalan demkorasi berparlimen.
  • Mengadakan aktiviti-aktiviti pendidikan untuk menyebar luas amalan demokrasiberparlimen di Malaysia.
KONSTRUK :MENJANA IDEA BARU

CADANGKAN LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL UNTUK MENGUKUHKAN LAGI AMALAN DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA.

contoh jawapan:

        Langkah yang boleh diambil untuk mengukuhkan kagi amalan demokrasi di Malaysia ialah berpegang teguh dengan prinsip-prinsip Rukun Negara agar kita menghormati institusi raja berperlembagaan yang diamalkan. Kita juga mesti menghormati undang-undang dan akur dengan keluhuran perlembagaan.

        Seterusnya kita mesti melibatkan diri dalam proses pilihanraya. Keputusan pilihanraya mesti diterima dengan hati terbuka dan menyokong kerajaan yang dipilih secara majoriti.Rakyat dan kerajaan perlu menghormati mengamalkan prinsip kebebasn hak asasi dengan sebaik mungkin mengikut undang-undang negara. Kebebasab bersuara mesti digalakkan.

      Kurikulum pendidikan di peringkat rendah, menengah dan pengajian tinggi mesti mengambilkira aspek demokrasi berparlimen. Kempen-kempen mesti dibuat untuk menggalakan rakyat memahami sepenuhnya amalan demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia.





NILAI MURNI/ IKTIBAR UNTUK MENGEKALKAN AMALAN DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA
  • bekerjasama antara rakyat dan pemerintah/pemimpin
  • bertolak ansur dalam perundingan
  • berfikiran terbuka dalam menyelesaikan masalah
  • hormat menghormati antara rakyat dan pemimpin
  • sentiasa cinta kepada negara
  • taat dan setia kepada raja dan negara
  • patuh kepada undang-undang
  • tidak melakukan tindakan yang menjejaskan imej negara
ulasan: calon mesti menulis setiap satu nilai itu dalam ayat yang lengkap. Bukan sekadar menyenaraikan nilai dalam satu ayat ( Nilainya ialah bekerjasama, hormat menghormati, bertolak ansur, hidup secara bersama dan taat setia)


KESIMPULAN  / RUMUSAN

a) Pengetahuan yang diperolehi
b) iktibar kepada diri, bangsa dan negara
c) harapan untuk Malaysia supata terus kekas sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen

Saya cadangkan supaya jawapan anda diolah seperti berikut:

Pengetahuan yang saya perolehi ialah.........

Iktibar kepada ...........

Harapan saya semoga.........


# ulasan:  Tujuan diolah seperti di atas supaya calon dapat memenuhi kehendak skema iaitu mesti ada isi pengetahuan,nilai dan harapan. Berilah sekurang-kurangnya dua isi bagi setiap satunya





### PERINGATAN : nota /maklumat yang dipaparkan hanyalah untuk panduan sahaja. Bahan ini tidak semestinya menjadi jawapan dalam peperiksaan sebenar kertas 3 tahun 2014. Jawapan sebenar bergantung kepada soalan spesifik pada hari peperiksaan. Harap maklum.

SUMBER / RUJUKAN:








      Pelihara institusi demokrasi berparlimen


SUMBER :http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm



Bangunan Parlimen di KL

Perlembagaan Persekutuan sebagai
panduan mentadbir bagi kerajaan yang dipilih



1 comment: