Sunday, October 24, 2010

BAB 7: SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA

Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas pembentukan sesebuah kerajaan. Ia merupakan dokumen rasmi yang mengandungi peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan.

(a) Terangkan maksud keluhuran perlembagaan
Keluhuran perlembagaan bermaksud Keagungan dan ketertinggian undang-undang. Perlembagaan Malaysia mengatasi Yang diPertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah. Semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan Malaysia adalah tidak sah.
Undang-undang negeri mesti selaras dengan perlembagaan Persekutuan.
Undang-undang negeri terbatal sekiranya bertentangan dengan Perlembagaan .
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada mahkamah membatalkan akta yang diluluskan di luar bidang kuasa parlimen atau bercanggah dengan perlembagaan.


(b) Jelaskan kepentingan perlembagaan negara bagi menjamin keharmonian dan kesejahteraan rakyat
Kepentingan perlembagaan Negara ialah Menjamin kestabilan sesebuah Negara. Ianya dapat Menjamin kecekapan, kejujuran, keadilan dan ketelusan kerajaan. Juga dapat melicinkan pentadbiran dan pemerintahan kerajaan.
Perlembagaan adalah panduan kepada pemerintah. Ianya menjamin taat setia rakyat kepada Negara, menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat.
Perlembagaan Menjamin dan memelihara hak istimewa serta kedudukan orang Melayu. Juga menjamin kedudukan bumiputera Sabah dan Sarawak. Menjamin kerjasama antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Perlembagaan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang.

(c) Pada pandangan anda, mengapakah perlembagaan negara perlu dipinda dari semasa ke semasa.
Pindaan perlembagaan bertujuan melindungi kepentingan rakyat. Ia juga untuk
menjaga keselamatan Negara dan melicinkan urusan pentadbiran Negara. Supaya perlembagaan sentiasa sesuai dengan keperluan semasa.
Pindaan bertujuan mewujudkan undang-undang yang munasabah dan dipatuhi oleh rakyat. Serta melarang perkara sensitif dipersoal secara terbuka

No comments:

Post a Comment