Sunday, October 24, 2010

BAB 7: SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA

Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat

(a) Apakah yang anda faham tentang Yang di-Pertuan Agong
• Jawatan YDPA diwujudkan sejak tahun 1957
• Merupakan tonggak negara
• Ketua Utama Negara
• Simbol keutuhan dan perpaduan rakyat di negara


(b) Jelaskan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong mengikut Perlembagaan Malaysia.
Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong ialah sebagai Ketua Negara. Baginda Mengetuai 3 badan kerajaan iaitu Badan Perundangan, Badan Pemerintah dan Badan Kehakiman.
Baginda mempunyai kuasa memanggil dan membubarkan Parlimen.

Baginda adalah Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata. Baginda bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu. Baginda adalahKetua Agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah.

Baginda mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri, melantik dan melucutkan Jemaah Menteri. Boleh mengisytiharkan Undang-undang Darurat. Baginda bertanggungjawab melantik Peguam Negara, Melantik Ketua Audit Negara dan mentauliahkan duta-duta Negara.

(c) Dewan Negara adalah sebahagian daripada komponen Parlimen. Jelaskan apakah ciri-ciri Dewan Negara.
Dewan Negara juga dikenali sebagai Dewan Senat. Merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan Negara. Dewan Negara mengandungi 69 orang ahli. Ahli Dewan Negara digelar Senator mewakili setiap negeri. Dilantik tanpa melalui pertandingan dalam pilihanraya
Seorang Senator memegang jawatan bagi tempoh 3 tahun. Mesti berumur sekurang-kurangnya 30 tahun. Kedudukannya Sama taraf dengan ahli Dewan Rakyat. Boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri. Keahlian Dewan Negara dilantik oleh YDPA. Ahlinya terdiri daripada individu yang telah memberi sumbangan cemerlang.

(d) Bagaimanakah anda menunjukkan ketaatan kepada raja dan negara Malaysia?
Ketaatan kepada raja dan negara dapat ditunjukkan dengan cara menghormati lambang-lambang negara. Keduanya menghayati dan mengamalkan prinsip Rukun Negara.
Ketiganya dengan menghormati keluhuran Perlembagaan dan menghormati institusi Raja.

(e) Nyatakan ciri-ciri Dewan Rakyat
Ahli Dewan Rakyat dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum. Mengandungi 219 orang ahli. Ahli Dewan rakyat mewakili kawasan pilihan raya di seluruh negara. Tempoh jawatan ahli ialah lima tahun atau satu penggal. Tugas utama ahli ialah menggubal dan meluluskan undang-undang. Ahli Dewan rakyat mestilah berumur 21 tahun ke atas.

No comments:

Post a Comment