Thursday, October 7, 2010

BAB 1 TING 4 :TAMADUN HWANG HO

4. Tamadun Hwang Ho adalah tamadun terawal di China.
(a) Senaraikan dua golongan dalam struktur sosial masyarakat tamadun Hwang Ho.
• Golongan raja / Golongan Pembesar / Golongan artisan
• Golongan Tentera / Golongan Petani / Golongan Hamba

(b) Nyatakan dua contoh kepercayaan yang diamalkan oleh  masyarakat dalam tamadun Hwang Ho.
• Animisme dan Politeisme
• Penyembahan roh nenek moyang
• Menyembah tuhan syurga (Shang-ti) dan Tuhan bumi
• Menyembah sungai, bukit dan gunung
• Menilik nasib menggunakan tulang oracle

(c) Apakah peranan kalendar dalam masyarakat Hwang Ho.
• Untuk menentukan musim menanam
• dan musim menuai
• Menjalankan aktiviti harian/upacara perkahwinan/ pemburuan/pengkebumian

(d) Senaraikan dua ciri negara kota Anyang dalam tamadun Hwang-Ho.
• Terletak di tanah tinggi di Sungai Huan
• Terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran
• Golongan raja/pembesar/agama tinggal di kawasan bandar
• Dilengkapi tembok bagi menghalang penceroohan musuh
• Dikelilingi perkampungan yang dihuni masyarakat petani

(e) Pada pendapat anda, apakah sumbangan penting Tamadun Hwang Ho dalam bidang pertanian kepada peradaban manusia.
• Pembinaan sistem pengairan/terusan
• Kemajuan dalam teknologi pembajakan
• Penciptaan cangkul/sabit
• Penggunaan batas
• Mencipta alat pertanian berasaskan besi

2 comments: