Tuesday, October 12, 2010

BAB 6 TING 5 : PENGUKUHAN NEGARA & BANGSA MALAYSIA

Perjanjian Malaysia telah ditandatangani di London pada Julai 1963.

(a) Jelaskan reaksi rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia.

Di Sarawak, Parti Negara Sarawak (PANAS) yang pertama menyokong gagasan Malaysia. Parti SNAP, BERJASA, PESAKA dan SCA menentang kerana mahukan kemerdekaan terlebih dahulu. Parti-parti ini kemudiannya menyokong.
Parti SUPP terus menentang gagasan Malaysia. Parti seperti PANAS , SNAP , BERJASA , PESAKA dan SCA membentuk Parti Perikatan Sarawak yang mentokong gagasan Malaysia.

Di Sabah, cadangan gagasan Malaysia menyebabkan parti-parti politik seperti UNKO, USNO, Parti Pasok Momugun , Parti Bersatu , Parti Demokratik ditubuhkan.
Tujuannya bagi mengemukakan pandangan dan mendapatkan sokongan gagasan Malaysia. Semua parti ini kemudiannya membentuk Parti Perikatan Sabah yang menyokong gagasan Malaysia. Mereka menuntut 20 perkara untuk dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia.


(b) Jelaskan usaha-usaha untuk mendapatkan sokongan rakyat Sarawak dan Sabah terhadap pembentukan Malaysia.


Usaha mendapatkan sokongan rakyat sabah dan Sarawak ialah lawatan Tunku Abdul Rahman ke Sarawak dan Sabah untuk menjelaskan tentang penubuhan Malaysia. Rundingan antara pegawai kanan Persekutuan Tanah Melayu dengan pegawai British di Sarawak dan Sabah juga diadakan.


Seterusnya menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK).
Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum telah mengumpulkan pandangan rakyat sabah dan Sarawak tentang pembentukan Malaysia. JPPK telah mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold yang mengandungi pandangan rakyat Sarawak dan Sabah untuk dimasukkan dalam perlembagaan.

Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan untuk meninjau pandangan rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia. Seterusnya menubuhkan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) untuk memperincikan cadangan-cadangan Suruhanjaya Cobbold. Jawatankuasa Antara Kerajaan mengunjungi Sarawak dan Sabah untuk menerangkan penubuhan Malaysia. JAK mengadakan mesyuarat mewajarkan kemasukan Sarawak dan Sabah ke dalam Malaysia dan membincang hak penduduk Sarawak dan Sabah. Setiausaha PBB menubuhkan perwakilan Malaysia ke PBB untuk meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah.


(c) Pada pengetahuan sejarah anda, apakah manfaat yang diperolehi daripada pembentukan Malaysia ?

Manfaat/faedah penubuhan Malaysia ialah mempercepatkan kemerdekaan negeri Sabah dan Sarawak. Ianya mewujudkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara. Ianya dapat menghalang penyebaran pengaruh komunis di wilayah Borneo.

Penubuhan Malaysia mewujudkan pasaran yang lebih luas bagi menggalakkan perkembangan industry pertanian. Dengan itu dapat memanfaatkan sumber yang ada di negeri-negeri itu. Ianya juga menggalakkan pelaburan. Negeri-negeri yang belum membangun dapat dimajukan.

Penubuhan Malaysia dapat mengimbangkan jumlah kaum di kalangan negeri anggota. Pembentukan Malaysia juga dapat meningkatkan semangat setiakawan negara anggota.



No comments:

Post a Comment