Sunday, October 24, 2010

BAB 2 TING 5 : Gerakan Nasionalisme di Tanah Melayu

Gerakan nasionalisme sejak abad ke-19 hingga abad ke-20 merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa sahaja bentuk penentangan atau penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar.
(a) Terangkan faktor-faktor pemangkin kepada nasionalisme di Tanah Melayu. [8 markah]

Faktor pertama ialah pengenalan sistem politik barat yang memusnahkan sistem politik tempatan. Residen mengambilalih peranan pembesar tempatan dan melahirkan kebencian penduduk tempatan. Faktor kedua ialah pengenalan sistem pendidikan Inggeris. Sekolah vernakular Melayu melahirkan intelektual Melayu yang mampu melahirkan idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajah.

Faktor ketiga ialah dasar British yang menggalakkan sesiapa sahaja datang dan menetap di Tanah Melayu. Peningkatkan jumlah imigran menimbulkan persaingan dengan penduduk tempatan. Orang Melayu kekal dan tidak dimajukan oleh Inggeris.

Faktor keempat ialah kesan pendudukan Jepun diTanah Melayu. Konsep kesemakmuran Asia menekankan kebebasan negara Asia telah menggalakkan orang tempatan bekerjasama dengan Jepun dengan janji Kemerdekaan. Faktor kelima ialah penguasaan PKM. PKM telah menguasai balai polis dan memerintah dengan kejam. PKM menangkap dan membunuh dengan kejam sesiapa yang dianggap penyokong Jepun telah mencetuskan konflik perkauman.

Faktor keenam ialah kemunculan mesin cetak yang menyebabkan penyebarkan ilmu pengetahuan yang mendorong penentangan terhadap penjajah. Faktor ketujuh ialah Gerakan Pan Islam iaitu Gerakan intelektual Islam seluruh dunia. Di Tanah Melayu gerakan ini diketuai Kaum Muda yang dikenali sebagai Gerakan Islah.

(b) Jelaskan isu-isu yang diperjuangkan oleh persatuan-persatuan Melayu pada awal
       abad ke-20. 
                                                                                                                  [6 markah]
Kesatuan Melayu Singapura (KMS) memperjuangkan isu sosioekonomi penduduk Melayu Singapura. KMS mendesak kebajikan orang Melayu diberi perhatian oleh British. KMS juga menggesa orang Melayu memajukan diri dan bangsa. KMS menggalakkan persaudaraan dan perpaduan orang Melayu serta perpaduan seluruh Semenanjung Tanah Melayu.

Persatuan Negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan mahu menggabungkan tenaga intelektual melayu. Persatuan-persatuan negeri membincangkan nasib orang Melayu dalam Ekonomi, pendidikan dan perkhidmatan kerajaan .

Persatuan Melayu Miri dan Persatuan Melayu Sarawak berusaha mengeratkan perpaduan serta menjaga budaya dan maruah bangsa. Kesatuan Melayu Muda (KMM) berusaha menggalakkan perpaduan di kalangan pemuda melayu dan meningkatkan tahap pendidikan orang Melayu.


(c) Sebagai seorang warganegara berikan bukti bahawa anda cintakan negara Malaysia.

Bukti saya cintakan Malaysia ialah saya menyambut perayaan kemerdekaan Negara. Saya mengibarkan bendera Jalur Gemilang sepanjang tahun  Saya juga menghormati lagu kebangsaan dan lambang-lambang negara. Saya juga sentiasa mengamalkan prinsip Rukun Negara dan menghormati perlembagaan negara. Saya juga patuh kepada undang-undang.

( ulasan: bagi soalan kbkk yang bertemakan politik/ patriotism, saya cadangkan anda menggunakan pendekatan Rukun Negara. Sebagai contoh:
   Bukti saya cintakan Negara ialah saya sentiasa mengamalkan prinsip Rukun Negara. Saya taat setia kepada raja dan Negara. Saya menjunjung tinggi keluhuran perlembagaan Negara kita. Sebagai rakyat saya akan patuh kepada undang-undang Negara. Selain itu saya sentiasa mengamalkan nilai-nilai kesopanan dan kesusilaan rakyat Malaysia.

Sesudah itu anda bolehlah menambah isi-isi lain yang anda mahu. Mudahnya dengan menghafal dan mengolah Rukun Negara sebagai jawapan. Cuba dengan soalan lain pula)

(d)  Negara pernah diancam oleh gerakan komunis dan pencerobohan Sulu yang menggugat kedaulatan negara. Bagaimanakah anda boleh membantu untuk memastikan perkara tersebut tidak berulang.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

3 comments: