Tuesday, October 12, 2010

BAB 10 TING 4:

1. (a) Apakah faktor yang mendorong imigran China dan India ke Tanah Melayu sejak abad ke -19 hingga awal abad ke-20 ?

Faktor mendorong imigran China dan India ke Tanah Melayu ialah Kepesatan pembangunan sektor pertanian dan perlombongan di Tanah Melayu. Buruh China
di bawa masuk untuk bekerja di lombong-lombong bijih timah dan buruh India di
ladang-ladang getah. Kemasukan imigran ini adalah dasar British kerana kekurangan tenaga buruh dalam bidang perlombongan dan pertanian.

Penghijrahan mereka tidak pernah ditentang oleh orang Melayu. Ini kerana telah wujud hubungan tradisi antara Tanah Melayu dengan India. Penghijrahan ini juga kerana kestabilan politik di Tanah Melayu serta kekayaan sumber alamnya.
Ianya juga kerana kemiskinan di tempat asal.



(b) Terangkan cara kemasukan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu pada abad ke-9.

Kemasukan buruh Cina melalui sistem tiket kredit. Bakal imigran dikumpulkan oleh kheh-tau (ketua). Imigran (sin kheh) ini diletakkan di bawah pengawasan nakhoda kapal atau agensi buruh. Golongan sin kheh membuat perjanjian untuk menjelaskan hutang mereka secara bekerja dengan majikan untuk tempoh tertentu.
Mereka dibekalkan dengan tiket ke pelabuhan yang dituju.Tiba di pelabuhan, mereka diambil oleh pemborong buruh yang akan mendapatkan majikan untuk mereka.

Kemasukan melalui sistem pengambilan kakitangan, majikan akan menghantar pegawainya ke China untuk mendapatkan buruh. Segala perbelanjaan dan tambang dibiayai oleh majikan. Pegawai akan mengiringi buruh tersebut hingga mereka sampai ke tempat majikan.

Kemasukan melalui sistem pengambilan rumah kongsi. Pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di negara China yang dilantik oleh sesebuah rumah kongsi.
Pegawai tersebut membiayai perbelanjaan buruh sehingga mereka sampai di rumah kongsi.

Kemasukan buruh India melalui sistem buruh bebas. Buruh datang sendiri dengan biayaan masing-masing. Buruh ini bebas memilih tempat dan pekerjaan yang mereka kehendaki.

Kemasukan melalui melalui sistem kontrak. Majikan akan membiayai tambang mereka ke Tanah Melayu. Buruh akan bekerja dengan majikan untuk jangka masa tertentu dengan bayaran minimum.

Kemasukan melalui sistem kangani. Seseorang kangani / tandil / ketua / mandur diberi lesen dan dihantar pulang ke India untuk mencari buruh. Kangani diberi wang pendahuluan untuk perbelanjaan buruh ke Tanah Melayu. Sistem ini diharamkan kerana penyelewengan oleh kangani.


c) Peningkatan jumlah kedatangan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu telah meninggalkan kesan sosial. Jelaskan pernyataan di atas berasaskan pengetahuan sejarah anda.


Kesan sosial kedatangan imigran ialah Pembentukan masyarakat berbilang kaum / majmuk. Wujud petempatan yang berbeza-beza mengikut kaum, iaitu orang Melayu di kampong, orang India di lading-ladang dan orang Cina di bandar dan kawasan perlombongan.

Jenis pekerjaan yang berbeza mengikut kaum iaitu orang Melayu sebagai petani. Orang India buruh lading dan orang Cina pelombong dan peniaga. Penggunaan bahasa yang berbeza dalam pertuturan kerana bahasa ibunda yang berbeza.

Kesan lain ialah Tidak terdapat interaksi antara kaum dan Tidak ada perpaduan antara kaum. Wujud sistem pendidikan vernakular iaitu sekolah aliran Melayu, Sekolah aliran Cina dan sekolah aliran Tamil.

Kesan lain ialah pembangunan tidak seimbang antara wilayah serta perbezaan taraf hidup antara orang tempatan dengan imigran


No comments:

Post a Comment