Bidang
pertanian merupakan satu kegiatan ekonomi yang utama kepada sesebuah negara Kerajaan Funan dan Angkor merupakan sebuah kerajaan agraria yang berjaya dibina
berasaskan ekonomi pertanian.
a)
Jelaskan kegiatan ekonomi masyarakat kerajaan agraria. (4 m)
b) Jelaskan faktor yang menyebabkan kerajaan
Angkor maju dalam kegiatan pertanian. (4m)
c)
Maklumat dia atas menunjukkan kebergantungan Malaysia kepada import dari luar untuk memenuhi keperluan makanan rakyatnya.
i) Apakah kesan kebergantungan
kepada import dari luar untuk memenuhi
keperluan makanan negara kita. (6
m)
Kebergantungan kepada import dari luar untuk memenuhi keperluan makanan negara kita akan mengakibatkan negara perlu mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk membeli bahan makanan import. Ianya akan mengakibatkan pengaliran wang ke luar negara yang akan merugikan ekonomi negara kita. Selain itu harga makanan juga akan bertambah mahal.
Kebergantungan kepada import makanan dari luar menunjukkan kelemahan ekonomi negara. Ianya akan mengakibatkan harga bahan pertanian meningkat. Selain itu Malaysia akan mengalami krisis makanan jika negara luar tidak mahu menjual keperluan makanan mereka.
Kesimpulannya kebergantungan terhadap import makanan dari luar akan menimbulkan banyak masalah kepada negara kita.
[ calon dinasihatkan untuk menulis inferens (kesimpulan ringkas) ]
ii) Cadangkan
langkah- langkah untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian bagi memenuhi keperluan makanan dalam negara
kita. (6 m)
Cuba jawab soalan di atas dengan mengolah isi menggunakan ayat berlapis dan inferens.
Petikan akhbar di atas boleh digunakan untuk mendapatkan jawapan dan menjana idea-idea lain bagi menulis jawapan anda.
Contoh jawapan seorang murid :
Antara langkah harus kerajaan ambil ialah dengan memberi tumpuan kepada industri agro-bio yang memberi hasil lebih cepat. Rakyat juga hendaklah menyokong dan menggunakan makanan yang dibuat dalam negara. Oleh itu perbelanjaan dalam mengimport makanan dapat dikurangkan dalam negara kita.
Ulasan cikgu : Isi yang diberi tidak mencukupi. Murid berjaya menulis inferens yang
sesuai. Murid hanya menulis jawapan yang diambil daripada petikan. Murid mesti menulis jawapan dengan berfikir diluar kotak dengan menulis jawapan berdasarkan pembacaan luar.
Isi-isi lain yang boleh digunakan ialah:
# memberi khidmat nasihat kepada petani
# menyediakan bantuan modal - Agro Bank
# membuka lebih banyak tanah pertanian
# menggunakan teknologi moden - baja dan racun
# benih bermutu tinggi - hasil meningkat
# menggalakkan rakyat bercucuk tanam di sekeliling rumah _ Program Bumi Hijau

No comments:
Post a Comment