Monday, August 17, 2015

Bab 5 ting 4 : Perjanjian Aqabah dan Hijrah

6        Rajah berikut berkaitan dengan Perjanjian Aqabah yang membawa kepada peristiwa hijrah.


                                                            Perjanjian Aqabah I
                                                       (621 M)

                                                             Perjanjian Aqabah I
                                                    (622 M)


                                                                    Hijrah
                                                                    (622 M)

          (a)     Nyatakan syarat yang terkandung dalam kedua-dua perjanjian di atas 
[4 markah]
Syarat perjanjian Aqabah I ialah Suku Aus dan Khazraj hendaklah beriman kepada Allah SWT dan rasul.Mereka Berjanji akan membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. Syarat lain ialah tidak akan melakukan amalan jahiliah seperti mencuri, minum arak, membunuh bayi perempuan.

Syarat perjanjian Aqabah II ialah Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam. Mereka mengukuhkan lagi taat setia kepada Nabi Muhammad s.a.w. Mereka juga menjemput Nabi Muhammad s.a.w dan orang Islam Makkah berhijrah ke Madinah.

Mereka berjanji menyediakan tempat tinggal, menjamin  keselamatan  orang  Islam dan bersedia mempertahankan Islam

          (b)     Terangkan kepentingan Hijrah kepada umat Islam.
[6 markah]

             Kepentingan peristiwa Hijrah ialah dakwah Islamiah dapat dilaksanakan secara aman. Selain itu dapat mendamaikan persengketaan suku Arab Madinah dengan cara menyatukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai kaum. Hubungan persaudaraan antara Muhajirin dan Ansar juga terjalin.

      Hijrah membolehkan pembinaan masjid al-Nabawi dan Quba’.Wujud kiraan tahun Hijrah dalam kalendar Islam.Peristiwa Hijrah juga telah menukarkan nama Yathrib kepada Madinah dan dijadikan pusat tamadun Islam.

   
      Peristiwa Hijrah juga menunjukkan sikap pengorbanan para sahabat dan kaum wanita seperti Asma’ bt. Abu Bakar.
  Ianya juga menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa Nabi Muhammad s.a.w. Baginda dapat mengatur strategi perjuangan serta merangka perlembagaan /Piagam Madinah.

          (c)     (i)      Apakah iktibar yang diperoleh daripada peristiwa Hijrah.
[6 markah]

           Iktibar daripada peristiwa hijrah ialah pentingnya bijaksana dalam mengatur strategi agar kejayaan mudah dicapai. Selain itu sentiasa taat setia kepada pemimpin dengan cara memberikan kerjasama. Kita juga perlu bertolak ansur dan bertolong menolong. Peristiwa hijrah juga mengajar semangat sedia berkorban dan bersabar dalam menghadapi cabaran.

                   (ii)     Bagaimanakah konsep hijrah yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian                                  untuk mencapai kecemerlangan diri, masyarakat dan negara.

[4 markah]

           Konsep Hijrah yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian untuk mencapai kecemerlangan diri ialah berubah daripada sikap yang buruk kepada sikap yang lebih baik. Selain itu sentiasa bijaksana menyusun starategi untuk mencapai kajayaan. Selain itu mengamalkan sikap amanah dan meninggalkan perbuatan rasuah.

          Konsep hijrah boleh diamalkan dalam ekonomi dengan meninggalkan perbuatan menindas dan diganti dengan  sikap jujur. Sikap malas dalam melakukan perkerjaan diganti dengan sikap rajin agar dapat memajukan  negara.

No comments:

Post a Comment