PAKATAN
MURNI
a) Apakah
maksud pakatan Murni. [2
m]
Pakatan Murni ialah usaha rakyat Tanah Melayu untuk bekerjasama dan lakukan tolak ansur politik. Dilakukan melalui rundingan untuk menyelesaikan masalah bagi mencapai kemerdekaan
b) Jelaskan usaha yang telah dilakukan
oleh rakyat Tanah Melayu untuk mencapai Pakatan Murni. [10m]
Usaha yang dilakukan
untuk mencapai pakatan murni ialah menubuhkan
CLC / Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum. Ianya disertai kaum Melayu dan
Cina. Kaum Melayu diketuai oleh Dato Onn bin Jaafar. Kaum Cina diketuai oleh
Tan Cheng Lock. Selepas itu CLC turut disertai wakil orang India, Serani dan
Sri Lanka.
Dato Onn bin Jaafar
cadangkan ahli UMNO di buka kepada semua
kaum. Cadangan Dato Onn bin Jaafar dibantah. Beliau keluar dari UMNO.
Dato Onn bin Jaafar menubuhkan parti IMP / Parti
Kemerdekaan Malaya. Keahlian IMP dibuka kepada semua kaum, tetapi gagal
mendapat sokongan. Kemudian Dato Onn tubuhkan
Parti Negara yang terbuka kepada semua kaum.
Kerjasama antara UMNO dan MCA dalam pilihanraya Majlis Perbandaran
Kuala Lumpur. Mereka mencapai kemenangan besar. Seterusnya UMNO dan MCA
membentuk Parti Perikatan. Kemudian
MIC turut sertai Parti Perikatan.
c) Mengapakah
semangat daripada Pakatan Murni wajar terus diamalkan oleh rakyat Malaysia pada
masa kini. [8m]
Semangat Pakatan Murni wajar terus diamalkan oleh
rakyat Malaysia kerana ianya boleh mengekalkan
perpaduan agar negara terus aman dan damai. Pakatan Murni juga dapat
memberi keadilan untuk rakyat agar Malaysia
terus maju.
Pakatan
Murni juga dapat melahirkan pemimpin dan
rakyat yang rasional agar masalah dapat diselesaikan
secara baik. Ini akan menaikkan imej
negara. Pakatan murni juga dapat melatih pemimpin dan rakyat lebih berdiplomasi supaya negara ditadbir dengan baik. Semangat pakatan
murni juga akan melahirkan rakyat yang cintakan
negara.
d) Pakatan Murni telah berjaya menjadikan
Malaysia sebuah negara yang aman dan damai. Berikan penjelasan anda. [6m]
Bukti
kejayaan pakatan murni ialah rakyat pelbagai kaum saling bersatu padu. Tidak
berlaku pergaduhan antara kaum di negara kita lagi. Rakyat mendapat keadilan berdasarkan perlembagaan negara.
Negara
lain menghormati Malaysia sebagai
sebuah negara yang aman. Negara lain seperti Thailand dan Filipina meminta kemahiran diplomasi Malaysia
untuk menyelesaikan masalah dalaman mereka.
Rakyat
sentiasa menyokong usaha kerajaan
membangunkan negara. Rakyat mendapat faedah daripada semangat 1Malaysia.
e) Pada pandangan anda, apakah yang mungkin
terjadi jika masyarakat di negara kita mengabaikan prinsip pakatan murni? [6m]
Jika masyarakat mengabaikan prinsip pakatan
murni tidak wujud perpaduan kaum yang
akan menyebabkan keadaan tidak aman
dalam negara. Rakyat juga tidak akan
mendapat keadilan kerana tiadanya
semangat bertolak ansur.
Perbalahan juga akan berlaku kerana tiadanya sikap rasional semasa membuat
keputusan. Ini akan menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan rakyat.
Prinsip diplomasi juga tidak dapat
diamalkan kerana sikap mementingkan diri sendiri. Ini akan menyukarkan
pentadbiran negara.
Rakyat tidak akan menyokong usaha kerajaan
membangunkan negara. Akhirnya ekonomi negara merosot. Imej negara juga akan terjejas kerana tiadanya perasaan cintakan negara.
# fakta berkaitan Pakatan Murni banyak di dalam buku teks. Anda boleh merujuk kepada buku teks untuk menambah fakta di atas.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteyo what
DeleteTkasih krne byk membantu Sye...
ReplyDeleteBoleh tolong bagi Muka surat
ReplyDeletesnoi prak
ReplyDeleteterima kasih♥️
ReplyDeletebolehkah saya print semua ini sebagai nota?
ReplyDeleteTERIMA KASIH BANYAK
ReplyDeleteThanks
ReplyDeleteTq..
ReplyDeleteBoleh saya tanya bagaimanakah pakatan murni mampu menjamim kesejahteraan rakyat di negara ini?
ReplyDeleteTerima kasih,sangat membantu😄
ReplyDeletethanks cikgu😁
ReplyDeleteterima kasih krana byk mmbntu
ReplyDeleteSama
Deletebnjw
ReplyDeleteMasyaAllah
DeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteTq🥺 sy dpt jugaa jwpn dia❤️😘
ReplyDeleteMengapakah konsep pakatan murni ini perlu dijaga dan dikekalkan ?
ReplyDeleteTerima kasih... Share nota n jawaan... Hope lulus Spm kertas 2 amin... #batch03
ReplyDelete