Sunday, June 21, 2015

Pakatan Murni

            PAKATAN MURNI

a)         Apakah maksud pakatan Murni.                                                                           [2 m]

Pakatan Murni ialah usaha rakyat Tanah Melayu untuk bekerjasama dan lakukan tolak ansur politik. Dilakukan melalui rundingan untuk menyelesaikan masalah bagi mencapai kemerdekaan

b)         Jelaskan usaha yang telah dilakukan oleh rakyat Tanah Melayu untuk mencapai  Pakatan Murni.                                                                                                     [10m]

                        Usaha yang dilakukan untuk mencapai pakatan murni ialah menubuhkan CLC / Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum. Ianya disertai kaum Melayu dan Cina. Kaum Melayu diketuai oleh Dato Onn bin Jaafar. Kaum Cina diketuai oleh Tan Cheng Lock. Selepas itu CLC turut disertai wakil orang India, Serani dan Sri Lanka.

                        Dato Onn bin Jaafar cadangkan ahli UMNO di buka kepada semua kaum. Cadangan Dato Onn bin Jaafar dibantah. Beliau keluar dari UMNO.

                        Dato Onn bin Jaafar menubuhkan parti IMP / Parti Kemerdekaan Malaya. Keahlian IMP dibuka kepada semua kaum, tetapi gagal mendapat sokongan. Kemudian Dato Onn tubuhkan Parti Negara yang terbuka kepada semua kaum.

                        Kerjasama antara UMNO dan MCA dalam pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur. Mereka mencapai kemenangan besar. Seterusnya UMNO dan MCA membentuk Parti Perikatan. Kemudian MIC turut sertai Parti Perikatan.



c)        Mengapakah semangat daripada Pakatan Murni wajar terus diamalkan oleh rakyat Malaysia pada masa kini.                                                                                          [8m]

                        Semangat  Pakatan Murni wajar terus diamalkan oleh rakyat Malaysia kerana ianya boleh mengekalkan perpaduan  agar negara terus aman dan damai. Pakatan Murni juga dapat memberi keadilan untuk rakyat agar Malaysia terus maju.

Pakatan Murni juga dapat melahirkan pemimpin dan rakyat yang rasional agar masalah dapat diselesaikan secara baik. Ini akan menaikkan imej negara. Pakatan murni juga dapat melatih pemimpin dan rakyat lebih berdiplomasi supaya negara ditadbir dengan baik. Semangat pakatan murni juga akan melahirkan rakyat yang cintakan negara.

d)         Pakatan Murni telah berjaya menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman dan damai. Berikan penjelasan anda.                                                                                      [6m]
Bukti kejayaan pakatan murni ialah rakyat pelbagai kaum saling bersatu padu. Tidak berlaku pergaduhan antara kaum di negara kita lagi. Rakyat mendapat keadilan berdasarkan perlembagaan negara.

Negara lain menghormati Malaysia sebagai sebuah negara yang aman. Negara lain seperti Thailand dan Filipina meminta kemahiran diplomasi Malaysia untuk menyelesaikan masalah dalaman mereka.

Rakyat sentiasa menyokong usaha kerajaan membangunkan negara. Rakyat mendapat faedah daripada semangat 1Malaysia.


e)         Pada pandangan anda, apakah yang mungkin terjadi jika masyarakat di negara kita mengabaikan prinsip pakatan murni?                                                                 [6m]

                       Jika masyarakat mengabaikan prinsip pakatan murni tidak wujud perpaduan kaum yang akan menyebabkan keadaan tidak aman dalam negara. Rakyat juga tidak akan mendapat keadilan kerana tiadanya semangat bertolak ansur.

                       Perbalahan juga akan berlaku kerana tiadanya sikap rasional semasa membuat keputusan. Ini akan menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan rakyat. Prinsip diplomasi juga tidak dapat diamalkan kerana sikap mementingkan diri sendiri. Ini akan menyukarkan pentadbiran negara.


                       Rakyat tidak akan menyokong usaha kerajaan membangunkan negara. Akhirnya ekonomi negara merosot. Imej negara juga akan terjejas kerana tiadanya perasaan cintakan negara.

           # fakta berkaitan Pakatan Murni banyak di dalam buku teks. Anda boleh merujuk kepada buku teks untuk menambah fakta di atas.

21 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Tkasih krne byk membantu Sye...

    ReplyDelete
  3. bolehkah saya print semua ini sebagai nota?

    ReplyDelete
  4. Boleh saya tanya bagaimanakah pakatan murni mampu menjamim kesejahteraan rakyat di negara ini?

    ReplyDelete
  5. Terima kasih,sangat membantu😄

    ReplyDelete
  6. Tq🥺 sy dpt jugaa jwpn dia❤️😘

    ReplyDelete
  7. Mengapakah konsep pakatan murni ini perlu dijaga dan dikekalkan ?

    ReplyDelete
  8. Terima kasih... Share nota n jawaan... Hope lulus Spm kertas 2 amin... #batch03

    ReplyDelete