Tuesday, September 9, 2014

BAB 3 TING 4: KERAJAAN AGRARIA

Ini adalah soalan percubaan sbp 2014. Anda boleh membuat latihan berdasarkan soalan ini. Bab 3 tingkatan 4 adalah satu tajuk yang penting dalam peperiksaan. Tajuk berkaitan maritim telah disoal dalam SPM 2013 dan SPM ulangan 2014. Beri perhatian kepada agraria dan pengaruh Hindu-Buddha. 

(a)    Jelaskan aktiviti pertanian yang dijalankan oleh masyarakat awal di Asia                               Tenggara.            

(b)     Mengapakah kerajaan Angkor maju dalam bidang pertanian?

(c)    (i) Apakah manfaat yang diperolehi sekiranya Malaysia menjadi sebuah negara                      pertanian yang  maju?  
    

(ii)    Pada pendapat anda, apakah usaha yang perlu dilakukan untuk menjadikan Malaysia           sebagai sebuah negara pertanian yang maju? 


Ulasan:  Soalan a dan b memerlukan calon memberi fakta berkaitan dengan aktiviti kerajaan agraria dan faktor kemajuan kerajaan Angkor dalam pertanian. 

Soalan c i dan iimemberi ruang sepenuhnya kepada calon untuk memberi pendapat sendiri, iaitu soalan KBKK. Soalan berkaitan kerajaan agraria dan maritim adalah soalan popular kepada calon.

sumber :http://antoniomeetsvietnam.blogspot.com/

BAB 5 TING 5: PAKATAN MURNI


LANGKAH PAKATAN MURNI
HURAIAN
Penubuhan Jawatankuasa Antara Kaum

Dianggotai orang Melayu dan Cina
Orang Melayu diketuai Dato Onn
Orang Cina diketua Tun Tan Cheng Lock
Kemudian dianggotai 6 pemimpin Melayu,
6 Cina,1 India, 1 Sri Lanka, 1 Serani dan 1 Eropah

Rundingan UMNO-JHAK/CLC
RIDA ditubuhkan
Kerakyatan negeri dilonggarkan
Pilihanraya diadakan

Pembukaan keahlian UMNO kepada bukan Melayu

Cadangan Dato Onn
Tidak dipersetujui oleh Orang Melayu
Dato Onn keluar dari UMNO                                                                                                                           

Penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya(IMP)

Berasaskan konsep kerjasama dalam satu parti
Terbuka kepada semua kaum
Ditubuhkan oleh dato Onn
Gagal mendapat sokongan semua kaum

Persidangan Kebangsaan/Konferensi Nasional

Dianjurkan oleh British
Untuk mencapai kerjasama politik
Mengurangkan perkauman

Konvensyen Kebangsaan/Kovensi Nasional

Anjuran Tunku Abdul Rahman
Melibatknan UMNO dan MCA
Disertai parti lain                                                                                                                          

Kerjasama UMNO-MCA dalam pilihanraya

Dalam pilihanraya Majlis Bandaran Kuala Lumpur
Gabungan UMNO-MCA menang
Pilihanraya Majlis bandaran lain UMNO-MCA menang
Pilihan raya negeri UMNO-MCA menang

Penubuhan Jawatankuasa Pilihanraya

Ditubuhkan dalam Majlis Perundangan Persekutuan
Dianggotai pemimpin UMNO, MCA dan MIC
Pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan 1955

Parti Perikatan mengemukankan manifestó
Parti Perikatan menang 51 kerusi daripada 52

Pembentukan Kabinet

Terdiri daripada pelbagai kaum
Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri

Rombongan Rundingan kemerdekaan
Diketuai Tunku Abdul Rahman
Wakil Perikatan ialah Dr Ismail Abdul Rahman,
Kolonel HS Lee, Dato Abdul Razak
Wakil sultan ialah Dato Nil Ahmad Kamil,
Dato Panglima Bukit Gantang                                                                                                                    

TAJUK PAKATAN MURNI TIDAK MUSTAHIL AKAN DIUJI DALAM SPM 2014. TAJUK INI SUDAH BEGITU LAMA TIDAK DIUJI KEPADA CALON SPM. KUASAI TAJUK INI. ISUNYA DISINI IALAH KERJASAMA DAN PERPADUAN ANTARA KAUM.JUSTERU CALON MESTI MENGETAHUAI KEPENTINGAN PERPADUAN KEPADA NEGARA KITA DAN USAHA YANG DILAKSANAKAN OLEH KERAJAAN UNTUK MEMANTAPKAN PERPADUAN KAUM.



tonton video berkaitan pilihanraya pertama negara kita

Tunku Abdul Rahman semasa berkempen dalam
Pilihanraya Persekutuan 1955 ( Arkib Negara)

Anggota Kabinet pertama diketua Tunku Abdul Rahman
dengan berasaskan prinsip pakatan murni yang terdiri daripada pelbagai kaum
suorce:http://www.arkib.gov.my/image/image_gallery?uuid=f20e0b02-d6f5-48b6-9c95-0f49b17c5c18&groupId=10157&t=1387423496783


BAB 3TING 5: MEMAHAMI TENTANG PEMBINAN NEGARA BANGSA MODEN DI EROPAH

NOTA DI BAWAH ADALAH UNTUK MEMUDAHKAN KEFAHAMAN PELAJAR TENTANG PEMBINAAN NEGARA BANGSA MODEN EROPAH.


3.1.1     Pembinaan Negara dan Bangsa   [mukasurat 67-71]
1.         Konsep negara bangsa moden merujuk kepada pembinaan Negara berasaskan bangsa dan bahasa yang sama. Ini berbeza dengan bentuk negara feudal yang berasaskan penjajahan oleh negara yang lebih kuat/ dominan.

2.         Idea Negara bangsa bermula dengan peristiwa
            i. Revolusi Inggeris
            ii. Perang kemerdekaan Amerika
            iii. Revolusi Perancis

3.         Kebangkitan nasionalisme dan idea negara bangsa mengancam kuasa imperialis/ penjajah di               Eropah
            Kuasa imperialis yang dimaksudkan ialah:
            i.          Turki
            ii.         Austria - Hungary
            iii.        Rusia

4.         Idea negara bangsa dikukuhkan melalui Deklarasi 14 Perkara Woodraw Wilson yang memperakukan
            i.          nasib bangsa ditentukan oleh rakyat
            ii.         sempadan negara berasaskan bangsa
            #          kesannya Empayar Austria- Hungary dan Turki dipecahkan selepas kalah dalam  
Perang Dunia Pertama

5.         Penyatuan negara bangsa Italy (1870)
·         Sebahagian wilayah utara Itali dikuasai Austria
·         Count Camillo Benso berusaha menyatukan Itali
·         Mengunakan amalan realpolitik  ( mewajarkan penggunaan tipu helah, kekerasan, senjata dan peperangan untuk mencapai matlamat)
·         Mendapatkan kerjasama pemerintah Perancis ( Napoleon III) mengalahkan Austria
·         Membantu Prussia (German) mengalahkan Austria

6.         Penyatuan negara bangsa German
·         Diketuai oleh Otto Eduard von Bismarck
·         Mengamalkan realpolitik serta politik darah dan besi
·         Menggunakan tipu helah, pemalsuan dokumen, provokasi, ugutan
·         Rakyat menerima sistem dictator yang diamalkan Bismarck
·         Gunakan isu membenci bangsa asing untuk bangkitkan semangat rakyat
·         Berjaya membentuk negara German pada 1871

7.         Pembentukan Negara Islam Madinah
·         Nabi Muhammad s.a.w  menyusun perlembagaan terlebih dahulu
·         Perlembagaan menyatukan orang Arab, Yahudi dan Kristian
·         Menggunakan diplomasi,musyawarah dan permuafakatan


BAB 4 TING 5: MALAYAN UNION 1946

MALAYAN UNION
1.         Terangkan sebab-sebab British memperkenalkan Malayan Union.
            - Dapat jimatkan kos pentadbiran
            - Boleh melicinkan pentadbiran
            - Sebagai persediaan ke arah berkerajaan sendiri
            -Mengawal kuasa politik orang Melayu
            -Untuk membantuk bangsa Malayan Union
            -Supaya orang dagang melupakan negara asal
            -Supaya orang dagang taat setia
            -memastikan tenaga kerja mencukupi
            -memastikan ekonomi berkembang
            -untuk menguasai bahan mentah

2.         Nyatakan ciri-ciri Malayan Union seperti yang tercatat dalam perlembagaannya
            -Semua Negeri-negeri Melayu serta Melaka dan Pulau Pinang disatukan
            -Singapura dikecualikan
            -pentadbiran diketuai oleh Gabenor British – dilantik oleh Ratu England
            -Kewarganegaraan sama rata – melalui prinsip jus soli
            -Raja-raja Melayu menganggotai Majlis Raja-raja Melayu
            - Pesuruhjaya Negeri mengetuai pentabiran negeri


3.         Terangkan faktor orang Melayu menentang pelaksanaan Malayan Union pada tahun 1946 di Tanah Melayu ?                                                                                         

- Membantah cara Harold Mac Micheal
- mengugut sultan  - akan diturunkan daripada takhta                                                                                                                        
            - Sultan tidak diberi masa untuk berunding
- Terdapat sultan yang tandatangan persetujuan Malayan Union kerana dasar  
   setia  kawan dengan British

-Masa yang tidak sesuai untuk pembaharuan politik
-Menetang penghakisan kuasa raja Melayu
-Raja hanya menjadi ahli Majlis Raja-raja
-tanpa sebarang kuasa
-hilang takhta
-hilang kredibiliti

-Orang Melayu bimbang agama Islam akan tercabar
            -Gabenor terlibat dalam pungutan Zakat

-Pemberian kerakyatan yang longar kepada orang dagang
-Mengancam status quo orang Melayu
-bilangan orang Melayu mengecil
- ekonomi dan pendidikan Melayu terancam

Bimbang kehilangan warisan kerajaan Melayu
            - tulisan jawi
            -Bahasa Melayu
            -hapuskan sejarah Kesultanan Melayu Melaka 


4.         Jelaskan tindakan orang Melayu menentang penubuhan Malayan Union             

Akhbar Melayu suarakan bantahan
Seperti Utusan Melayu, Majlis, Warta Negara

Mengadakan demonstrasi secara damai
Semasa MacMicheal dapatkan tandatangan sultan
Di Kota Bahru dan Alor Setar

Persatuan-persatuan Melayu dihidupkan semula
Menghantar surat bantahan
Dan telegram ke London

Dato Onn menyeru orang Melayu berkongres

Kongress Melayu pertama di Kuala Lumpur
Dihadiri 41 persatuan Melayu
Bersetuju menubuhkan UMNO

Kongress Melayu Kedua
Membantah peristiharaan Malayan Union
Gesa orang Melayu berkabung selama 7 hari
Meminta raja-raja memulaukan Majlis Malayan Union

Mengadakan rapat umum di setiap bandar besar
Menunjukkan bantahan kepada wakil Parlimen British/LD Gamman, Rees William

Raja-raja Melayu berkumpul di Kuala Kangsar

Menyatakan bantahan kepada wakil parlimen British


Malayan Union menukar status Tanah Melayu kepada tanah jajahan mahkota British
Mengapakah rakyat tidak mahu Tanah Melayu dijajah?

Akhbar melaporkan berita raja-raja Melayu turut membantah perlaksanaan 
pentadbiran Malayan Union

BAB 4 TING 5 : PERGERAKAN POLITIK DI SARAWAK

PERGERAKAN POLITIK DI SARAWAK

Selapas Perang Dunia Kedua, Charles Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada British.

 (a)       Senaraikan ciri-ciri Perlembagaan 1941.

i.  perlembagaan bertulis pertama untuk Sarawak
ii. memberikan kuasa berkerajaan sendiri kepada penduduk Sarawak
iii. kuasa mentadbir di serah kepada Majlis Negeri
iv. ahli Majlis Negeri dilantik oleh Raja Sarawak

 (b)       Kemukakan dua alasan yang digunakan oleh Vyner Brooke untuk menyokong
             tindakannya menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British

            i.  Charles Vyner Brooke telah tua
ii.  serta telah uzur
iii. penggantinya tidak layak mentadbir
iv. Desakan kerajaan British
v.  Tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi
vi. Sokongan pegawai bukan bumiputera dan pegawai British
vii. Majlis Negeri meluluskan rang Undang-undang Penyerahan Sarawak


(c)        Nyatakan dua sebab pemimpin-pemimpin tempatan menentang penyerahan tersebut.

i.  Bercanggah dengan Perlembagaan 1941
Keputusan dibuat tampa berunding dengan orang/pembesar tempatan
ii.  Sarawak menjadi tanah jajahan British
iii.  MacBryan gunakan tipu helah
iv.  Barisan Pemuda Melayu meminta Anthony Brooke ditabalkan menjadi Raja
      Sarawak
v.  Kemerdekaan lebih Mudah diperoleh jika ditadbir Raja Sarawak
vi.  Melambatkan kemerdekaan sarawak

(d)        Jelaskan tindakan yang dilakukan oleh penduduk tempatan untuk menentang penyerahan Sarawak kepada British.

-  Mengadakan demonstrasi/tunjuk perasaan
-  Menghantar surat bantahan/telegram kepada kerajaan British
-  338 kakitangan kerajaan meletak jawatan
-  Pakatan sulit golongan terpelajar dengan golongan muda
-  Penubuhan Rukun 13
-  Rosly Dhobi menikam Duncan Steward/Gabenor sarawak
-  Menampal poster
-  Kaum Ibu PKMS mendapatkan sokongan Kaum Iban
-  56 pelajar Msaktab Perguruan Melayu tinggalkan pengajian
-  Membuat sepanduk
-  Penentangan melalui pertubuhan

-  Penentangan melalui penulisan

BAB 9 TING 5: SOALAN POPULAR SPM

Kepada calon calon SPM, cikgu nasihatkan anda untuk menguasai sepenuhnya bab 9 tingkatan 5
justeru setiap tahun satu soalan kebiasaannya ditanya dalam kertas 2. Ini kerana hanya bab 9 tingkatan 5 yang ada bagi mewakili tema 12 Sukatan Pelajaran Sejarah.

Bagi tahun 2014, calon SPM boleh memberi perhatian kepada beberapa tajuk yang sudah lama tidak disoal. Antaranya ialah Globalisasi, Blok Dunia dan Perang Dingin, Hubungan Serantau. Tajuk tajuk lain dalam bab ini perlu juga dibaca tidak mustahil ianya boleh juga disoal.

Selamat mengulangkaji.

BAB 9 TING 5: PERTUBUHAN SERANTAU (ASEAN)

Malaysia telah menyertai Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dan telah bergiat secara aktif.  Ms255-260

(a) Namakan mana-mana dua anggota ASEAN selain Malaysia? 
      i)  ..................................................................................................
     ii)  ..................................................................................................


(b) Berikan dua matlamat penubuhan ASEAN. 

      i)  ..................................................................................................
     ii)  ..................................................................................................

(c) Senaraikan dua sumbangan Malaysia dalam pertubuhan ASEAN

      i)  ..................................................................................................
     ii)  ..................................................................................................


(d) Nyatakan dua faedah yang diperoleh Malaysia dengan menyertai ASEAN
      i)  ..................................................................................................
     ii)  ..................................................................................................

(e) Pada pendapat anda, mengapakah Malaysia perlu menyertai pertubuhan         
      serantau seperti ASEAN?
      ........................................................................................................
      ........................................................................................................

      ........................................................................................................