Showing posts with label bab 5 ting 5. Show all posts
Showing posts with label bab 5 ting 5. Show all posts

Sunday, June 21, 2015

Pakatan Murni

            PAKATAN MURNI

a)         Apakah maksud pakatan Murni.                                                                           [2 m]

Pakatan Murni ialah usaha rakyat Tanah Melayu untuk bekerjasama dan lakukan tolak ansur politik. Dilakukan melalui rundingan untuk menyelesaikan masalah bagi mencapai kemerdekaan

b)         Jelaskan usaha yang telah dilakukan oleh rakyat Tanah Melayu untuk mencapai  Pakatan Murni.                                                                                                     [10m]

                        Usaha yang dilakukan untuk mencapai pakatan murni ialah menubuhkan CLC / Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum. Ianya disertai kaum Melayu dan Cina. Kaum Melayu diketuai oleh Dato Onn bin Jaafar. Kaum Cina diketuai oleh Tan Cheng Lock. Selepas itu CLC turut disertai wakil orang India, Serani dan Sri Lanka.

                        Dato Onn bin Jaafar cadangkan ahli UMNO di buka kepada semua kaum. Cadangan Dato Onn bin Jaafar dibantah. Beliau keluar dari UMNO.

                        Dato Onn bin Jaafar menubuhkan parti IMP / Parti Kemerdekaan Malaya. Keahlian IMP dibuka kepada semua kaum, tetapi gagal mendapat sokongan. Kemudian Dato Onn tubuhkan Parti Negara yang terbuka kepada semua kaum.

                        Kerjasama antara UMNO dan MCA dalam pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur. Mereka mencapai kemenangan besar. Seterusnya UMNO dan MCA membentuk Parti Perikatan. Kemudian MIC turut sertai Parti Perikatan.



c)        Mengapakah semangat daripada Pakatan Murni wajar terus diamalkan oleh rakyat Malaysia pada masa kini.                                                                                          [8m]

                        Semangat  Pakatan Murni wajar terus diamalkan oleh rakyat Malaysia kerana ianya boleh mengekalkan perpaduan  agar negara terus aman dan damai. Pakatan Murni juga dapat memberi keadilan untuk rakyat agar Malaysia terus maju.

Pakatan Murni juga dapat melahirkan pemimpin dan rakyat yang rasional agar masalah dapat diselesaikan secara baik. Ini akan menaikkan imej negara. Pakatan murni juga dapat melatih pemimpin dan rakyat lebih berdiplomasi supaya negara ditadbir dengan baik. Semangat pakatan murni juga akan melahirkan rakyat yang cintakan negara.

d)         Pakatan Murni telah berjaya menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman dan damai. Berikan penjelasan anda.                                                                                      [6m]
Bukti kejayaan pakatan murni ialah rakyat pelbagai kaum saling bersatu padu. Tidak berlaku pergaduhan antara kaum di negara kita lagi. Rakyat mendapat keadilan berdasarkan perlembagaan negara.

Negara lain menghormati Malaysia sebagai sebuah negara yang aman. Negara lain seperti Thailand dan Filipina meminta kemahiran diplomasi Malaysia untuk menyelesaikan masalah dalaman mereka.

Rakyat sentiasa menyokong usaha kerajaan membangunkan negara. Rakyat mendapat faedah daripada semangat 1Malaysia.


e)         Pada pandangan anda, apakah yang mungkin terjadi jika masyarakat di negara kita mengabaikan prinsip pakatan murni?                                                                 [6m]

                       Jika masyarakat mengabaikan prinsip pakatan murni tidak wujud perpaduan kaum yang akan menyebabkan keadaan tidak aman dalam negara. Rakyat juga tidak akan mendapat keadilan kerana tiadanya semangat bertolak ansur.

                       Perbalahan juga akan berlaku kerana tiadanya sikap rasional semasa membuat keputusan. Ini akan menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan rakyat. Prinsip diplomasi juga tidak dapat diamalkan kerana sikap mementingkan diri sendiri. Ini akan menyukarkan pentadbiran negara.


                       Rakyat tidak akan menyokong usaha kerajaan membangunkan negara. Akhirnya ekonomi negara merosot. Imej negara juga akan terjejas kerana tiadanya perasaan cintakan negara.

           # fakta berkaitan Pakatan Murni banyak di dalam buku teks. Anda boleh merujuk kepada buku teks untuk menambah fakta di atas.

Friday, September 19, 2014

BAB 5 TING 5: SURUHANJAYA REID DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957

Suruhanjaya Reid ditubuhkan pada bulan mac 1956 sebagai persediaan ke arah kemerdekaan Tanah Melayu.

1.   Namakan anggota Suruhanjaya ini.




2.   Apakah tugas Suruhanjaya tersebut?

      i)....

     ii)...


3.   Nyatakan dua perkara yang dipersetujui sebagai tolak ansur antara kaum dalam
      penggubalan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.

     i)...

     ii)....

4.   Jelaskan isi-isi penting yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

     i)...

     ii)....

     iii)....

5.  Pada pandangan anda, mengapakah tolak ansur antara kaum mudah di capai ketika proses
     penggubalan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.

     i)...

     ii)....

     iii)....

6.   Terangkan kesannya jika rakyat Malaysia pada masakini gagal mengamalkan sikap bertolak ansur
      seperti mana rakyat terdahulu.    [3 markah]

      ......................................................................................................................................................
      ......................................................................................................................................................
      ......................................................................................................................................................

7.   Cadangkan langkah-langkah untuk mengukuhkan semangat kerjasama dan bertolak ansur dalam
      kalangan rakyat Malaysia pada masa kini.

      ......................................................................................................................................................
      ......................................................................................................................................................
      ......................................................................................................................................................

             sumber:http://www.arkib.gov.my/en/web/guest/suruhanjaya-perlembagaan-reid

   

Tuesday, September 9, 2014

BAB 5 TING 5: SISTEM AHLI


Sistem Ahli yang diperkenalkan pada Januari 1951 menjadi asas ke arah berkerajaan sendiri bagi Persekutuan Tanah Melayu.

 
(a)
Nyatakan ciri-ciri  Sistem  Ahli                                                    [4 markah]
 
 
(b)
Jelaskan kepentingan Sistem Ahli dalam sejarah pembentukan Persekutuan
Tanah Melayu yang merdeka.                                                     [4 markah]
 
 
(c)
i) Mengapakah negara kita memerlukan pemimpin yang    
   berwibawa?                                                                                 [6markah]                                                              
 
       
 ii) Sebagai seorang pelajar, apakah persediaan yang perlu anda lakukan
     untuk menjadi  pemimpin negara pada masa depan?        [6 markah]


SISTEM AHLI merupakan kabinet bayangan yang di panggil sebagai AHLI.
Mereka diberi latihan untuk mentadbir negara apabila Persekutuan Tanah
Melayu mencapai kemerdekaan kelak.
 


DATO ONN JAAFAR - AHLI DALAM NEGERI
 
 
Gambar di bawah ialah barisan anggota Kabinet yang hari ini dipanggil sebagai Menteri.
 

 
 

BAB 5 TING 5: PAKATAN MURNI


LANGKAH PAKATAN MURNI
HURAIAN
Penubuhan Jawatankuasa Antara Kaum

Dianggotai orang Melayu dan Cina
Orang Melayu diketuai Dato Onn
Orang Cina diketua Tun Tan Cheng Lock
Kemudian dianggotai 6 pemimpin Melayu,
6 Cina,1 India, 1 Sri Lanka, 1 Serani dan 1 Eropah

Rundingan UMNO-JHAK/CLC
RIDA ditubuhkan
Kerakyatan negeri dilonggarkan
Pilihanraya diadakan

Pembukaan keahlian UMNO kepada bukan Melayu

Cadangan Dato Onn
Tidak dipersetujui oleh Orang Melayu
Dato Onn keluar dari UMNO                                                                                                                           

Penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya(IMP)

Berasaskan konsep kerjasama dalam satu parti
Terbuka kepada semua kaum
Ditubuhkan oleh dato Onn
Gagal mendapat sokongan semua kaum

Persidangan Kebangsaan/Konferensi Nasional

Dianjurkan oleh British
Untuk mencapai kerjasama politik
Mengurangkan perkauman

Konvensyen Kebangsaan/Kovensi Nasional

Anjuran Tunku Abdul Rahman
Melibatknan UMNO dan MCA
Disertai parti lain                                                                                                                          

Kerjasama UMNO-MCA dalam pilihanraya

Dalam pilihanraya Majlis Bandaran Kuala Lumpur
Gabungan UMNO-MCA menang
Pilihanraya Majlis bandaran lain UMNO-MCA menang
Pilihan raya negeri UMNO-MCA menang

Penubuhan Jawatankuasa Pilihanraya

Ditubuhkan dalam Majlis Perundangan Persekutuan
Dianggotai pemimpin UMNO, MCA dan MIC
Pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan 1955

Parti Perikatan mengemukankan manifestó
Parti Perikatan menang 51 kerusi daripada 52

Pembentukan Kabinet

Terdiri daripada pelbagai kaum
Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri

Rombongan Rundingan kemerdekaan
Diketuai Tunku Abdul Rahman
Wakil Perikatan ialah Dr Ismail Abdul Rahman,
Kolonel HS Lee, Dato Abdul Razak
Wakil sultan ialah Dato Nil Ahmad Kamil,
Dato Panglima Bukit Gantang                                                                                                                    

TAJUK PAKATAN MURNI TIDAK MUSTAHIL AKAN DIUJI DALAM SPM 2014. TAJUK INI SUDAH BEGITU LAMA TIDAK DIUJI KEPADA CALON SPM. KUASAI TAJUK INI. ISUNYA DISINI IALAH KERJASAMA DAN PERPADUAN ANTARA KAUM.JUSTERU CALON MESTI MENGETAHUAI KEPENTINGAN PERPADUAN KEPADA NEGARA KITA DAN USAHA YANG DILAKSANAKAN OLEH KERAJAAN UNTUK MEMANTAPKAN PERPADUAN KAUM.



tonton video berkaitan pilihanraya pertama negara kita

Tunku Abdul Rahman semasa berkempen dalam
Pilihanraya Persekutuan 1955 ( Arkib Negara)

Anggota Kabinet pertama diketua Tunku Abdul Rahman
dengan berasaskan prinsip pakatan murni yang terdiri daripada pelbagai kaum
suorce:http://www.arkib.gov.my/image/image_gallery?uuid=f20e0b02-d6f5-48b6-9c95-0f49b17c5c18&groupId=10157&t=1387423496783