Showing posts with label bab 1 ting 4. Show all posts
Showing posts with label bab 1 ting 4. Show all posts

Thursday, October 7, 2010

BAB 1 TING 4 :TAMADUN HWANG HO

4. Tamadun Hwang Ho adalah tamadun terawal di China.
(a) Senaraikan dua golongan dalam struktur sosial masyarakat tamadun Hwang Ho.
• Golongan raja / Golongan Pembesar / Golongan artisan
• Golongan Tentera / Golongan Petani / Golongan Hamba

(b) Nyatakan dua contoh kepercayaan yang diamalkan oleh  masyarakat dalam tamadun Hwang Ho.
• Animisme dan Politeisme
• Penyembahan roh nenek moyang
• Menyembah tuhan syurga (Shang-ti) dan Tuhan bumi
• Menyembah sungai, bukit dan gunung
• Menilik nasib menggunakan tulang oracle

(c) Apakah peranan kalendar dalam masyarakat Hwang Ho.
• Untuk menentukan musim menanam
• dan musim menuai
• Menjalankan aktiviti harian/upacara perkahwinan/ pemburuan/pengkebumian

(d) Senaraikan dua ciri negara kota Anyang dalam tamadun Hwang-Ho.
• Terletak di tanah tinggi di Sungai Huan
• Terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran
• Golongan raja/pembesar/agama tinggal di kawasan bandar
• Dilengkapi tembok bagi menghalang penceroohan musuh
• Dikelilingi perkampungan yang dihuni masyarakat petani

(e) Pada pendapat anda, apakah sumbangan penting Tamadun Hwang Ho dalam bidang pertanian kepada peradaban manusia.
• Pembinaan sistem pengairan/terusan
• Kemajuan dalam teknologi pembajakan
• Penciptaan cangkul/sabit
• Penggunaan batas
• Mencipta alat pertanian berasaskan besi

BAB 1 TING 4 :TAMADUN INDUS

1 Tamadun Indus ialah tamadun terawal di India yang banyak menyumbang kepada pembentukan ketamadunan manusia.

(a) Beri dua kegiatan ekonomi masyarakat Indus.

(i) perdagangan dan pertanian
(ii) pertukangan dan pembuatan

(b) Nyatakan dua ciri bandar terancang dalam tamadun Indus.

(i) dikelilingai tembok dan dibahagi kepada dua bahagian
(ii) disusun mengikut blok-blok segiempat
(iii) mempunyai jalanraya yang lurus
(iv) mempunyai sistem kumbahan


(c) Senaraikan dua golongan masyarakat dalam organisasi sosial di Lembah Indus.

(i) golongan atasan iaitu pendeta dan pedagang
(ii) golongan bawahan iaitu petani dan buruh

(d) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, nyatakan sumbangan tamadun Indus kepada
perkembangan tamadun manusia.
(i) idea perancangan Bandar yang sistemetik
(ii) teknologi pembuatan batu bata
(iii) sikap keterbukaan

(e) Pada pandangan anda, apakah peranan generasi muda dalam mengekalkan kemajuan tamadun negara kita?

(i) bersifat terbuka dengan kemajuan teknologi
(ii) mengusai ilmu dan teknologi terkini
(iii)mengekalkan kemakmuran negara
(iv mewujudkan kestabilan dalam negara
(v) menyokong dasar pemabngunan negara

BAB 1 TING 4 :TAMADUN INDUS

(a) Nyatakan tentang proses pembentukan tamadun Indus. [4M]

Penduduk nomad membentuk petempatan kekal di sepanjang Sungai Indus.
Sungai Indus menyediakan sumber air dan dapat menyuburkan tanah. Penduduk Indus pandai menyesuaikan diri dengan alam sekitar. Ini menyebabkan berlaku peningkatan hasil pertanian dan pertambahan jumlah penduduk di Indus. Ini menyebabkan perkembangan bandar iaitu bandar Mohenjo-Daro dan Harappa.

(b) Nyatakan enam keistimewaan bandar Mohenjo-Daro dan Harappa [6M]

Keistimewaan bandar Mohenjo-daro dan Harappa ialah bandarnya terbahagi kepada bahagian utama dan bahagian kedua. Bahagian utama ialah pusat pentadbiran.Pusat pentadbiran menempatkan bangunan pentadbiran, tempat mandi awam dan tempat menyimpan hasil pertanian.
Bahagian kedua menempatkan kawasan perumahan. Bandar Mohenjodaro dan Harappa dikelilingi oleh tembok. Bandarnya disusun berasaskan blok segi empat.
Setiap blok dipisahkan oleh rangkaian jalan raya yang berkeadaan lurus dan bersambung. Bandar –bandar juga dihubungkan dengan sungai.

(c) Mengapakah masyarakat lembah Indus berjaya membina bandar terancang ?

Masyarakat Indus berjaya membina bandar terancang kerana memiliki kepakaran dari segi susun atur dan pengisian bandar. Mereka menguasai ilmu geometri, kesenian dan matematik serta kemajuan dalam ilmu pembinaan. Kejayaan mereka juga kerana pertembungan tamadun ini dengan tamadun lain yang membolehkan pertukaran teknologi dengan tamadun lain. Ianya juga kerana peningkatan mutu bahan binaan melalui penghasilan batu bata melalui pembakaran dengan suhu tinggi.
Masyarakat juda dapat menyesuaikan pengaruh luar dengan keadaan tempatan.

(d) Terangkan organisasi sosial masyarakat Indus.

Terbahagi kepada dua golongan iaitu Golongan atasan yang terdiri daripada
Pendeta danPedagang. Golongan bawahan terdiri daripada petani, buruh dan hamba.

Pendeta ialah kelas atasan yang utama. Pendeta mempunyai kuasa dan pengaruh terutama dalam bidang keagamaan. Tampuk pemerintahan dipegang oleh pendeta.

Golongan bawahan memberikan ketaatan kepada golongan pendeta. Petani menjalankan aktiviti pertanian dan menyerah sebahagian hasil kepada pihak berkuasa.

Buruh menjalankan kerja perburuhan seperti menjaga kebersihan, membina tembok di banteng dan membina terusan.