Tuesday, October 12, 2010
BAB 6 TING 5 : PENGUKUHAN NEGARA & BANGSA MALAYSIA
BAB 6 TING 5 : PENGUKUHAN NEGARA & BANGSA MALAYSIA
Perjanjian Malaysia telah ditandatangani di London pada Julai 1963.
(a) Jelaskan reaksi rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia.
Di Sarawak, Parti Negara Sarawak (PANAS) yang pertama menyokong gagasan Malaysia. Parti SNAP, BERJASA, PESAKA dan SCA menentang kerana mahukan kemerdekaan terlebih dahulu. Parti-parti ini kemudiannya menyokong.
Parti SUPP terus menentang gagasan Malaysia. Parti seperti PANAS , SNAP , BERJASA , PESAKA dan SCA membentuk Parti Perikatan Sarawak yang mentokong gagasan Malaysia.
Di Sabah, cadangan gagasan Malaysia menyebabkan parti-parti politik seperti UNKO, USNO, Parti Pasok Momugun , Parti Bersatu , Parti Demokratik ditubuhkan.
Tujuannya bagi mengemukakan pandangan dan mendapatkan sokongan gagasan Malaysia. Semua parti ini kemudiannya membentuk Parti Perikatan Sabah yang menyokong gagasan Malaysia. Mereka menuntut 20 perkara untuk dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia.
(b) Jelaskan usaha-usaha untuk mendapatkan sokongan rakyat Sarawak dan Sabah terhadap pembentukan Malaysia.
Usaha mendapatkan sokongan rakyat sabah dan Sarawak ialah lawatan Tunku Abdul Rahman ke Sarawak dan Sabah untuk menjelaskan tentang penubuhan Malaysia. Rundingan antara pegawai kanan Persekutuan Tanah Melayu dengan pegawai British di Sarawak dan Sabah juga diadakan.
Seterusnya menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK).
Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum telah mengumpulkan pandangan rakyat sabah dan Sarawak tentang pembentukan Malaysia. JPPK telah mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold yang mengandungi pandangan rakyat Sarawak dan Sabah untuk dimasukkan dalam perlembagaan.
Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan untuk meninjau pandangan rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia. Seterusnya menubuhkan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) untuk memperincikan cadangan-cadangan Suruhanjaya Cobbold. Jawatankuasa Antara Kerajaan mengunjungi Sarawak dan Sabah untuk menerangkan penubuhan Malaysia. JAK mengadakan mesyuarat mewajarkan kemasukan Sarawak dan Sabah ke dalam Malaysia dan membincang hak penduduk Sarawak dan Sabah. Setiausaha PBB menubuhkan perwakilan Malaysia ke PBB untuk meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah.
(c) Pada pengetahuan sejarah anda, apakah manfaat yang diperolehi daripada pembentukan Malaysia ?
Manfaat/faedah penubuhan Malaysia ialah mempercepatkan kemerdekaan negeri Sabah dan Sarawak. Ianya mewujudkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara. Ianya dapat menghalang penyebaran pengaruh komunis di wilayah Borneo.
Penubuhan Malaysia mewujudkan pasaran yang lebih luas bagi menggalakkan perkembangan industry pertanian. Dengan itu dapat memanfaatkan sumber yang ada di negeri-negeri itu. Ianya juga menggalakkan pelaburan. Negeri-negeri yang belum membangun dapat dimajukan.
BAB 6 TING 5 : PENGUKUHAN NEGARA & BANGSA MALAYSIA
Soalan 3. Perjanjian Malaysia telah ditandatangani di London pada Julai 1963.
(a) Senaraikan dua cadangan daripada Suruhanjaya Cobbold untuk melindungi kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah.
• Diberikan kuasa menentukan dasar imigresen.
• Hak dan kedududukan bumiputera Sarawak dan Sabah dijamin.
• Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan.
• Perlembagaan Malaysia berasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948
(b) Berikan dua perkara penting dalam hak wilayah asingan.
• Ketua negeri.
• Bahasa kebangsaan.
• Agama Islam.
• Kedudukan istimewa penduduk asal negeri.
• Hal ehwal imigresen.
• Kerakyatan.
• Peruntukan kewangan
• Pelajaran
(c) Terangkan hasil tinjauan Suruhanjaya Cobbold ke atas penduduk Sabah dan Sarawak.
- Satu pertiga menyokong gagasan Malaysia tanpa syarat.
- Satu pertiga menyokong dengan syarat.
- Satu pertiga inginkan kemerdekaan dahulu
(d) Mengapakah Laporan Suruhanjaya Cobbold penting dalam pembentukan
Malaysia ?
- Membuktikan majoriti penduduk Sarawak dan Sabah menyokong.
· Menafikan tuduhan pembentukan Malaysia merupakan satu bentuk
Neokolonialisme
(e) Pada pendapat anda, apakah iktibar yang dapat dipelajari daripada kejayaan pembentukan Malaysia ?
- Berunding untuk mengatasi masalah.
- Membuktikan kebijaksanaan tokoh tempatan.
- Pemimpin sanggup bekerjasama
- Bertolak ansur demi mencapai kesejahteraan bersama
- Kerjasama daripada rakyat penting untuk kejayaan.
- Tentangan Indonesia
- Tentangan Filipina
- Laporan Suruhanjaya PBB lewat
- Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia
- Suruhanjaya Cobbold
- Jawatankuasa Antara Kerajaan