Sunday, October 24, 2010

Khazanah Gopeng

Batang paip besar dipercayai ditarik ke puncak bukit menggunakan gajah kerana terlalu berat dan panjang
SEJARAH membuktikan Perak diakui sebagai negeri pembekal bijih timah utama negara sejak ratusan tahun sehingga ke zaman selepas merdeka. Kesan tinggalan aktiviti perlombongan cukup jelas, tetapi perubahan zaman menyaksikan banyak bukti fizikal itu diubah suai mengikut keperluan semasa.

Di Gopeng juga mengalami perubahan sama, banyak tanah lombong kini ditebus guna untuk projek perumahan, kampung tersusun, bangunan pejabat, sekolah dan jalan raya. Dari aspek pembangunan, perubahan memang diperlukan tetapi timbul persoalan adakah semua tinggalan sejarah itu perlu diubah dan dihapuskan semata-mata untuk mengecapi permodenan. Perlu diselidik kenapa Kota A Famosa di Melaka tidak dihancurkan semuanya dan apa kesan tinggalan pintu gerbang yang masih kekal kepada industri pelancongan, sedangkan Gopeng juga mempunyai kesan sejarah perlombongan yang hampir pupus iaitu paip air gergasi. Batang paip besi dan laluannya sepanjang yang dianggarkan 14.5 kilometer batu itu pernah menjadi mercu tanda Gopeng ketika era kegemilangan industri perlombongan tetapi kini dipandang sebelah mata sebagai ‘besi buruk’ yang langsung tiada nilainya. Jika dikira usianya, dianggarkan sudah lebih 160 tahun tetapi mungkin bagi pihak berkuasa tempatan, paip itu hanya suatu yang menyemak mata memandang dan perlu dibuang tanpa sebarang usaha mengekal atau menjadikan sebahagian daripadanya sebagai bahan sejarah. Kedudukannya cukup mudah dikesan kerana jika melintasi jalan utama ke pekan Gopeng, pasti akan melalui satu jejantas lama yang diatasnya masih ada sisa batang paip besi yang bersambung antara Taman Gopeng Baru dengan masjid di seberang jalan. Di bawah jejantas itu tertulis 4m (empat meter) menandakan kenderaan yang mempunyai ketinggian melebihi paras itu dilarang melaluinya. Di sebelah Taman Gopeng Baru, paras tanda itu semakin rendah dengan tanda 3m (meter). Di situ juga ada dua laluan bawah jejantas yang hanya boleh memuatkan sebuah kenderaan pada satu-satu masa kerana kedudukannya di satu selekoh. Semakin jauh ke dalam kawasan kampung, semakin rendah laluan batang paip berkenaan. Air yang dipam di puncak bukit di situ disalurkan ke kawasan rendah untuk aktiviti lombong dedah yang menggunakan banyak air untuk menembak dan menghancurkan tanah bukit sebelum diteruskan dengan kaedah mendulang. Pada masa sama, penduduk juga mendapat manfaatnya melalui pemberian air percuma yang dibekalkan syarikat perlombongan Osborne and Chopper dan kerajaan negeri ketika itu. Semua itu, hanya tinggal kenangan dan sejarah kerana penduduk di situ mendakwa banyak batang paip besi itu sudah dipotong dan dijual dengan izin. Apa yang ada hanyalah batang besi dianggarkan sepanjang 200 meter di pekan Gopeng dan bakinya di Kampung Sungai Itek. Penduduk dan bekas pekerja lombong, Mokhtar Baki, 76, mengakui mereka kecewa dengan keadaan semasa dan mengharapkan kerajaan negeri mengambil tindakan segera dengan mengekalkan saki baki tinggalan sejarah. Katanya, paip air besar itu sebenarnya dipam dari dua empangan iaitu Kampar Water Supplier (KWS) dan Jeranto Water Supplier (JWS) untuk kegunaan kira-kira 2,000 pekerja lombong, tidak termasuk penduduk tempatan. Air dari kedua-dua empangan itu akan disalurkan untuk kawasan tadahan syarikat Osborne and Chopper dan bekalan air kerajaan (GWS). “Itulah (batang paip besi) sejarah Gopeng, ‘trade mark’ orang sini. Dulu, penduduk dapat bekalan air percuma, cuma perlu gotong royong pasang paip dan salurkan ke rumah masing-masing. Air gunung sangat bersih dan sejuk. “Kalau tak dikekalkan atau dijaga dengan baik, saya percaya dalam masa beberapa tahun akan datang, Gopeng langsung tak ada apa-apa,” katanya. Berdasarkan cerita lisan, Mokhtar yang pernah berkhidmat sebagai Tentera British berpangkalan di Singapura, berkata batang paip besar itu ditarik ke puncak bukit menggunakan gajah kerana terlalu berat dan panjang. Ada yang mendakwa batang paip itu ditarik di rel kereta api tetapi apa pun kaedah yang digunakan, ia mencerminkan suatu yang cukup sukar untuk menyambung paip air dari empangan atas bukit. Bahkan, khidmat Orang Asli turut digunakan untuk menjaga kawasan empangan, manakala pekerja lain ditugaskan memantau sukatan air melalui rumah stim yang dikhaskan mengawal meter air atau jumlah air yang dilepaskan. Paip besar banyak kenangan BATANG paip besi Gopeng bukan sekadar membekalkan air bersih untuk penduduk dan aktiviti perlombongan tetapi meninggalkan seribu kenangan suka duka kepada penduduk yang menganggap ia sebahagian daripada hidup mereka. Bagi kanak-kanak sekolah ketika itu, batang paip besar itu adalah laluan mereka merentasi kampung untuk ke sekolah. Saiznya yang cukup besar membolehkan kanak-kanak berjalan dan berlari di sepanjang laluan dan turun di mana-mana lokasi dikehendaki. Bahkan, ada juga rumah yang dibina berdepan dengan saluran batang paip dan terpaksa membuat laluan khas untuk melintasi sama ada di bawah atau atas paip. Kebiasaannya, mereka lebih selesa melalui jalan bawah. Namun, semua itu hanya tinggal kenangan dan sejak 1998 hinggalah 2009, hanya tinggal kurang 200 meter batang paip yang tinggal. Penduduk, Shaari Ali, 59, mengakui batang paip itulah tempatnya bermain dan berkejaran bersama rakan untuk ke sekolah setiap hari. “Laluan atas batang paip itu sepatutnya berlumut, tetapi disebabkan kami menggunakannya setiap hari, lumut pun tak sempat tumbuh, dah macam ada laluan khas,” katanya mengimbau kenangan sejarah paip Gopeng. Katanya, jika ditanya pendapatnya mengenai kepentingan mengekalkan bahan sejarah itu, sudah pasti penduduk tempatan menyokong sepenuhnya kerana hanya itulah mercu tanda sejarah yang ada di Gopeng. “Kami tiada ada kuasa untuk buat keputusan. Kenapa tidak pindahkan saki baki batang paip itu ke satu lokasi baru sebagai tatapan atau kekalkan di tempat asal dan baik pulih bahagian yang rosak, letakkan sedikit papan maklumat,” katanya. Menurut cerita lisan, air di situ sangat sejuk hinggakan jika ada penduduk yang mengalami demam panas, mereka akan berbaring di atas batang paip itu untuk beberapa jam sehingga suhu badan turun ke paras normal. Kini, penduduk kampung masih lagi menggunakan bekalan air bukit tetapi menggunakan batang paip baru yang lebih kecil dan disambung ke rumah dengan paip getah bersaiz tiga inci. Bagaimanapun, mereka juga menghadapi masalah tekanan air tidak menentu disebabkan saiz batang paip utama dikatakan terlalu kecil dan tidak mampu menampung keperluan penduduk. Info: Paip Air Gopeng dan aktiviti perlombongan * Syarikat Osborne and Chopper ditutup 1994. * Paip air besi disambung menggunakan pasak kayu. * Ukuran batang paip:
  • Garis pusat 48 inci
  • Garis pusat 24 inci * Jarak antara tiang: 600 meter * Antara laluan saluran paip:
  • Kampung Tersusun Gopeng
  • Taman Gopeng Baru
  • Lawan Kuda
  • Kopisan Baru.
  • Kampung Sungai Itek
  • Kampung Pintu Padang
  • Khazanah Gopeng Oleh Mohd Azis Ngah azis@bharian.com.my 2010/05/30

    BAB 2 TING 5 : Gerakan Nasionalisme di Tanah Melayu

    Gerakan nasionalisme sejak abad ke-19 hingga abad ke-20 merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa sahaja bentuk penentangan atau penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar.
    (a) Terangkan faktor-faktor pemangkin kepada nasionalisme di Tanah Melayu. [8 markah]

    Faktor pertama ialah pengenalan sistem politik barat yang memusnahkan sistem politik tempatan. Residen mengambilalih peranan pembesar tempatan dan melahirkan kebencian penduduk tempatan. Faktor kedua ialah pengenalan sistem pendidikan Inggeris. Sekolah vernakular Melayu melahirkan intelektual Melayu yang mampu melahirkan idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajah.

    Faktor ketiga ialah dasar British yang menggalakkan sesiapa sahaja datang dan menetap di Tanah Melayu. Peningkatkan jumlah imigran menimbulkan persaingan dengan penduduk tempatan. Orang Melayu kekal dan tidak dimajukan oleh Inggeris.

    Faktor keempat ialah kesan pendudukan Jepun diTanah Melayu. Konsep kesemakmuran Asia menekankan kebebasan negara Asia telah menggalakkan orang tempatan bekerjasama dengan Jepun dengan janji Kemerdekaan. Faktor kelima ialah penguasaan PKM. PKM telah menguasai balai polis dan memerintah dengan kejam. PKM menangkap dan membunuh dengan kejam sesiapa yang dianggap penyokong Jepun telah mencetuskan konflik perkauman.

    Faktor keenam ialah kemunculan mesin cetak yang menyebabkan penyebarkan ilmu pengetahuan yang mendorong penentangan terhadap penjajah. Faktor ketujuh ialah Gerakan Pan Islam iaitu Gerakan intelektual Islam seluruh dunia. Di Tanah Melayu gerakan ini diketuai Kaum Muda yang dikenali sebagai Gerakan Islah.

    (b) Jelaskan isu-isu yang diperjuangkan oleh persatuan-persatuan Melayu pada awal
           abad ke-20. 
                                                                                                                      [6 markah]
    Kesatuan Melayu Singapura (KMS) memperjuangkan isu sosioekonomi penduduk Melayu Singapura. KMS mendesak kebajikan orang Melayu diberi perhatian oleh British. KMS juga menggesa orang Melayu memajukan diri dan bangsa. KMS menggalakkan persaudaraan dan perpaduan orang Melayu serta perpaduan seluruh Semenanjung Tanah Melayu.

    Persatuan Negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan mahu menggabungkan tenaga intelektual melayu. Persatuan-persatuan negeri membincangkan nasib orang Melayu dalam Ekonomi, pendidikan dan perkhidmatan kerajaan .

    Persatuan Melayu Miri dan Persatuan Melayu Sarawak berusaha mengeratkan perpaduan serta menjaga budaya dan maruah bangsa. Kesatuan Melayu Muda (KMM) berusaha menggalakkan perpaduan di kalangan pemuda melayu dan meningkatkan tahap pendidikan orang Melayu.


    (c) Sebagai seorang warganegara berikan bukti bahawa anda cintakan negara Malaysia.

    Bukti saya cintakan Malaysia ialah saya menyambut perayaan kemerdekaan Negara. Saya mengibarkan bendera Jalur Gemilang sepanjang tahun  Saya juga menghormati lagu kebangsaan dan lambang-lambang negara. Saya juga sentiasa mengamalkan prinsip Rukun Negara dan menghormati perlembagaan negara. Saya juga patuh kepada undang-undang.

    ( ulasan: bagi soalan kbkk yang bertemakan politik/ patriotism, saya cadangkan anda menggunakan pendekatan Rukun Negara. Sebagai contoh:
       Bukti saya cintakan Negara ialah saya sentiasa mengamalkan prinsip Rukun Negara. Saya taat setia kepada raja dan Negara. Saya menjunjung tinggi keluhuran perlembagaan Negara kita. Sebagai rakyat saya akan patuh kepada undang-undang Negara. Selain itu saya sentiasa mengamalkan nilai-nilai kesopanan dan kesusilaan rakyat Malaysia.

    Sesudah itu anda bolehlah menambah isi-isi lain yang anda mahu. Mudahnya dengan menghafal dan mengolah Rukun Negara sebagai jawapan. Cuba dengan soalan lain pula)

    (d)  Negara pernah diancam oleh gerakan komunis dan pencerobohan Sulu yang menggugat kedaulatan negara. Bagaimanakah anda boleh membantu untuk memastikan perkara tersebut tidak berulang.

    ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    BAB 10 TING 4: KEDATANGAN BURUH KE TANAH MELAYU

    Jadual berikut menerangkan tentang bilangan kemasukan imigran ke Tanah Melayu.

    Tahun

    Negeri Melayu Bersekutu

    Negeri Selat

    1891

    163 000

    228 000

    1901

    300 000

    282 000

    (a) Berikan dua faktor yang mempengaruhi kemasukan imigran China dan India ke Tanah Melayu .

    (i) Kekayaan sumber alam

    (ii) kemakmuran ekonomi

    (iii) Kestabilan politik

    (iv) Galakan penjajah

    (v) Keperluan sumber tenaga manusia

    (b) Apakah kesan daripada kewujudan masyarakat berbilang kaum di Malaysia?

    (i) Petempatan berbeza mengikut kaum

    (ii) Pekerjaan berbeza mengikut kaum

    (iii) Orang Melayu bertani/tinggal di luar Bandar

    (iv) Orang India menjadi buruh/tinggal diestet

    (v) Orang China berniaga/sektor perlombongan/tinggal di bandar

    (vi) Bahasa pertuturan berbeza

    (c) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu ?

    (i) Menghayati Rukun Negara

    (ii) Mengamalkan konsep kejiranan

    (iii) Memperkasakan Rukun Tetangga

    (iv) Melaksanakan program perpaduan di sekolah/RIMUP

    (v) Melancarkan konsep 1 Malaysia

    (d) Pada pandangan anda, apakah faktor yang mempengaruhi kedatangan pekerja asing ke negara kita ?

    (i) peluang pekerjaan yang banyak

    (ii) kestabilan politik

    (iii) perkembangan ekonomi yang pesat

    (iv) rakyat Malaysia yang mesra

    BAB 9 TING 5 : CABARAN MASA DEPAN

    Melahirkan k-masyarakat atau k-society adalah satu keperluan dalam menghadapi persaingan globalisasi.
    (a) Apakah keburukan globalisasi kepada negara kita? [5 markah]
    Keburukan globalisasi kepada negara kita ialah meningkatkan jurang perbezaan antara bandar dengan luar bandar. Globalisasi juga meningkatkan jurang antara negara maju dengan negara membangun. Globalisasi boleh menyekat peluang pekerjaan kepada penduduk Malaysia. Seterusnya ianya akan merendahkan taraf hidup penduduk yang gagal memahami globalisasi. Globalisasi seteruusnya akan menghindarkan perkembangan sosial.
    (b) Jelaskan usaha-usaha kerajaan dalam melahirkan masyarakat yang berpengetahuan (k-masyarakat). [7 markah]
    Usaha yang dibuat oleh kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang berpengetahuan (k-masyarakat) iailah membangun dan menyusun semula sitsem pendidikan di Malaysia. Sekolah Wawasan telah dibuka untuk memupuk perpaduan antara kaum. Sekolah wawasan berupaya meningkatkan interaksi murid pelbagai kaum untuk meningkatkan daya saing. Sekolah Bestari yang dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat juga dimulakan. Seterusnya uasaha memupuk rasa cinta pada IT dikalangan pelajar dilakukan. Kerajaan juga mengubahsuai kurikulum untuk melahirkan pelajar yang kreatif dan analitis .
    (c) Pada pandangan anda, apakah kepentingan k-masyarakat kepada rakyat Malaysia? [8 markah]
    K-masyarakat akan membolehkan rakyat Malaysia bersaing di peringkat antarabangsa. Rakyat juga mampu menguasai ilmu terkini dan teknologi baru. Maka k-masyarakat akan mengupayakankan masyarakat menjadi kreatif dan inovatif. Akhirnya mereka mampu menguasai dan mencipta teknologi baru. Rakyat juga akan menguasai bahasa asing. K- masyarakat akan melahirkan masyarakat yang bermaklumat dan seterusnya negara akan mencapai taraf negara maju menjelang 2020.

    Sejarah subjek wajib lulus SPM

    KUALA LUMPUR - Kerajaan memutuskan untuk menaik taraf status Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar).

    Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah tersebut bererti setiap calon perlu lulus mata pelajaran Sejarah sebagai syarat untuk mendapat sijil SPM seperti mana mata pelajaran Bahasa Malaysia sebelum ini.

    Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pada masa ini di peringkat sekolah menengah, mata pelajaran Sejarah adalah mata pelajaran teras yang wajib diambil oleh semua pelajar.

    "Selaras dengan pandangan yang dikemukakan oleh sebahagian besar jurucakap dalam Perhimpunan Agung UMNO, saya mengumumkan bahawa Kementerian Pelajaran memutuskan untuk menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM mulai 2013 seperti mana mata pelajaran Bahasa Malaysia sebagai syarat untuk mendapat sijil SPM.

    kosmo online24/10/2010

    BAB 9 TING 5 : CABARAN MASA DEPAN

    CABARAN MASA DEPAN
    (a) Terangkan cabaran globalisasi yang terpaksa dihadapi oleh Malaysia


    Malaysia terpaksa menerima hakikat bahawa dunia tanpa sempadan.
    Segala aspek ekonomi dan sosial menyeberangi sempadan dalam masa yang begitu singkat. Proses komunikasi anytara Negara berlaku dengan pantas.
    Keadaan ini berlaku kerana kemajuan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.
    Malaysia terpaksa mengakui kepentingan ICT. Kita terpaksa akur dengan nilai baru bahawa pengukuran kekayaan sesebuah negara berdasarkan teknologi dan industri yang berasaskan ilmu pengetahuan. Kita perlu sedar bahawa modal intelek dan pekerja berpengalaman menjadi sumber paling berharga bagi sesebuah negara.
    Kita perlu bersedia ke arah mewujudkan K- masyarakat.


    (b) Huraikan langkah-langkah yang telah diambil oleh Malaysia dalam menghadapi cabaran globalisasi.

    Langkah yang diambil Malaysia ialah dengan menyediakan frasarana ICT.
    Langkah ini bertujuan merebut peluang dan faedah yang dihasilkan oleh ICT. Malaysia mempromosikan Penggunaan ICT. Malaysia melancarkan projek Korodor Raya Multimedia (MSC)
    MSC memulakan e-pendidikan, pemasaran tanpa sempadan, e-dagang dan penyiaran digital. Kerajaan telah memperuntukkan belajawan Sebanyak RM5.2 billion bagi projek berasaskan ICT. RM1 bilion daripada peruntukkan itu diagihkan untuk program luar bandar.
    Kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan penemuan baru. Kerajaan menubuhkan sekolah wawasan. Sekolah tersebut diwujudkan bagi meningkatkan daya saing. Kerajaan menubuhkan Sekolah Bestari. Sekolah Bestari dilengkapi dengan frasarana teknologi maklumat. Kurikulum diubahsuai dan dibentuk semula.
    Langkah ini dilaksanakan agar melahirkan pelajar yang kreatif, kritis dan analitik


    (c) Pada pandangan anda, mengapakah kerajaan memperkenalkan projek Koridor Raya Multimedia ?

    Projek Korodor Raya Multimedia diperkenal untuk memanfaatkan perkembangan teknologi maklumat. Ianya untuk Menggalakkan perkembangan ICT
    dan penggunaan ICT secara positif. Pelaksanaan ekonomi berlandaskan pengetahuan (K-ekonomi) boleh berjalan lancar. Ianya untuk membangunkan ekonomi Negara. Meletakkan Malaysia dalam posisi yang lebih baik pada era globalisasi.. Akhirnya dapat melahirkan masyarakat yang bermaklumat.

    BAB 9 TING 5 : MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN ANTARABANGSA

    Negara-Negara Selatan juga dikenali sebagai Negara Dunia Ketiga. Negara-negara ini mempunyai banyak persamaan dari segi latar belakang dan politiknya.

    (a) Apakah matlamat penubuhan kumpulan Negara- Negara Selatan?

    Matlamatnya untuk atasi masalah harga eksport bahan mentah yang rendah.
    Matlamat lain untuk meningkat kerjasama ekonomi dan teknikal negara anggota. Ini supaya mereka tidak bergantung kepada negara-negara maju.


    (b) Nyatakan ciri-ciri Negara-Negara Selatan.

    Ciri-ciri Negara –negara Selatan ialah dikenali sebagai negara Dunia Ketiga.
    Negara –negara Selatan mempunyai persamaan latar belakang ekonomi, pernah dijajah oleh kuasa Barat dan masih bergantung kepada negara maju dalam pemasaran bahan mentah.

    Negara ini juga tidak mempunyai kepakaran dan tidak mempunyai modal untuk memproses bahan mentah menjadikan barangan siap. Mereka menghadapi perdagangan yang tidak adil dengan Negara maju.Harga bahan mentah dikawal oleh negara maju dan dikenakan kadar faedah pinjaman modal yang tinggi.


    (c) Jelaskan tindakan yang diambil oleh Negara-Negara Selatan untuk kemajuan negara anggota.

    Tindakan yang diambil ialah menubuhkan Suruhanjaya Selatan-Selatan oleh Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad. Kemudian penubuhan kumpulan 15 / atau G15 pada 1989. Sidang kemuncak G15 di Kuala Lumpur pada 1990. Negara-Negara Selatan merancang projek kerjasama dalam bidang sains dan teknologi.

    Suruhanjaya Selatan-Selatan menubuh Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi di Kuala Lumpur (SITTDEC). Sistem Keistimewaan Perdagangan Global (GSTP) juga ditubuhkan. Kemudahan kredit dan mekanisme kewangan pembiayaan perdagangan juga disediakan. Ianya bagi mengatasi daripada bergantung kepada negara maju. Ini membolehkan mereka menentukan harga eksport. Seterusnya meningkat kerjasama ekonomi dan teknikal negara anggota.