Wednesday, July 14, 2021

 PERHATIAN: 

ISI KANDUNGA N BLOGSPOT INI TIDAK LAGI SESUAI UNTUK RUJUKAN MURID KERANA IANYA ADALAH KURIKULUM LAMA YANG BERAKHIR PADA TAHUN 2020.

MURID TINGKATAN 4 TAHUN  2020 TELAH MENGGUNA PAKAI KURIKULUM BAHARU IAITU KSSM ( SPM 2021)

TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG SUDI MEMBACA DAN MEMBERI KOMEN YANG POSITIF.

BLOGSPOT INI DIKEKALKAN SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA SEJARAH SAYA SEBAGAI GURU SEJARAH SPM


      MASIH ADA KERETA LEMBU YANG SAMA SEPERTI SEMASA SAYA DI SEKOLAH RENDAH TAHUN-TAHUN 70AN-AWAL 80AN DI ABAD KE 21 INI. SANGAT SENTIMENTEL UNTUK SAYA.


Tuesday, August 18, 2015

Bab 8 Ting 5 : rancangan pembangunan ekonomi


1.   Jelaskan maksud Rancangan Pembangunan Lima Tahun yang dilaksanakan oleh kerajaan.

2.   Apakah penekanan utama dalam Rancangan Malaya Pertama  (4 M)

3.   Jelaskan usaha kerajaan untuk mencapai matlamat Rancangan Malaya Pertama.(6m)

4.   Jelaskan fokus utama kerajaan semasa melaksanakan Rancangan Malaysia Keempat. (4m)

5.   Bincangkan langkah yang boleh diambil untuk memastikan Malaysia berjaya mencapai sasaran 
      menjadi negara maju pada tahun 2020. (6m)



    sumber : Buletin Sejarah Ogos 2013

Monday, August 17, 2015

Bab 5 Ting 4: Perjanjian Aqabah


4.         Perjanjian Aqabah menjadi pendorong kepada berlakunya penghjijrahan orang Islam dari Makkah ke Madinah.

(a)       Siapakah yang menandatangani Perjanjian Aqabah.

(i)         .......................................................................................
(b)       Apakah masalah yang dihadapi masyarakat madinah sebelum penghijrahan nabi Muhammad SAW?
(i)         .......................................................................................
(c)        Senaraikan kandungan Perjanjian Aqabah Pertama.
(i)         ........................................................................................
            (ii)        .....................................................................................
 (d)      Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kesan Perjanjian Aqabah?
(i)         ..........................................................................................
            (ii)        ........................................................................................
(iii)       .......................................................................................
(e)       Jelaskan ikhtibar yang boleh diambil daripada peristiwa Perjanjian Aqabah.
(i)         ...........................................................................................
            (ii)        .......................................................................................
(iii)       .......................................................................................

Bab 5 ting 4 : Perjanjian Aqabah dan Hijrah

6        Rajah berikut berkaitan dengan Perjanjian Aqabah yang membawa kepada peristiwa hijrah.


                                                            Perjanjian Aqabah I
                                                       (621 M)

                                                             Perjanjian Aqabah I
                                                    (622 M)


                                                                    Hijrah
                                                                    (622 M)

          (a)     Nyatakan syarat yang terkandung dalam kedua-dua perjanjian di atas 
[4 markah]
Syarat perjanjian Aqabah I ialah Suku Aus dan Khazraj hendaklah beriman kepada Allah SWT dan rasul.Mereka Berjanji akan membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. Syarat lain ialah tidak akan melakukan amalan jahiliah seperti mencuri, minum arak, membunuh bayi perempuan.

Syarat perjanjian Aqabah II ialah Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam. Mereka mengukuhkan lagi taat setia kepada Nabi Muhammad s.a.w. Mereka juga menjemput Nabi Muhammad s.a.w dan orang Islam Makkah berhijrah ke Madinah.

Mereka berjanji menyediakan tempat tinggal, menjamin  keselamatan  orang  Islam dan bersedia mempertahankan Islam

          (b)     Terangkan kepentingan Hijrah kepada umat Islam.
[6 markah]

             Kepentingan peristiwa Hijrah ialah dakwah Islamiah dapat dilaksanakan secara aman. Selain itu dapat mendamaikan persengketaan suku Arab Madinah dengan cara menyatukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai kaum. Hubungan persaudaraan antara Muhajirin dan Ansar juga terjalin.

      Hijrah membolehkan pembinaan masjid al-Nabawi dan Quba’.Wujud kiraan tahun Hijrah dalam kalendar Islam.Peristiwa Hijrah juga telah menukarkan nama Yathrib kepada Madinah dan dijadikan pusat tamadun Islam.

   
      Peristiwa Hijrah juga menunjukkan sikap pengorbanan para sahabat dan kaum wanita seperti Asma’ bt. Abu Bakar.
  Ianya juga menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa Nabi Muhammad s.a.w. Baginda dapat mengatur strategi perjuangan serta merangka perlembagaan /Piagam Madinah.

          (c)     (i)      Apakah iktibar yang diperoleh daripada peristiwa Hijrah.
[6 markah]

           Iktibar daripada peristiwa hijrah ialah pentingnya bijaksana dalam mengatur strategi agar kejayaan mudah dicapai. Selain itu sentiasa taat setia kepada pemimpin dengan cara memberikan kerjasama. Kita juga perlu bertolak ansur dan bertolong menolong. Peristiwa hijrah juga mengajar semangat sedia berkorban dan bersabar dalam menghadapi cabaran.

                   (ii)     Bagaimanakah konsep hijrah yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian                                  untuk mencapai kecemerlangan diri, masyarakat dan negara.

[4 markah]

           Konsep Hijrah yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian untuk mencapai kecemerlangan diri ialah berubah daripada sikap yang buruk kepada sikap yang lebih baik. Selain itu sentiasa bijaksana menyusun starategi untuk mencapai kajayaan. Selain itu mengamalkan sikap amanah dan meninggalkan perbuatan rasuah.

          Konsep hijrah boleh diamalkan dalam ekonomi dengan meninggalkan perbuatan menindas dan diganti dengan  sikap jujur. Sikap malas dalam melakukan perkerjaan diganti dengan sikap rajin agar dapat memajukan  negara.

Tuesday, August 11, 2015

Kerajaan Agraria

  
        Bidang pertanian merupakan satu kegiatan ekonomi yang utama kepada sesebuah negara Kerajaan Funan dan Angkor merupakan sebuah kerajaan agraria yang berjaya dibina berasaskan ekonomi pertanian.

        a)    Jelaskan kegiatan ekonomi masyarakat kerajaan agraria.                               (4 m)

 b)    Jelaskan faktor yang menyebabkan kerajaan Angkor maju dalam kegiatan                    pertanian.                                                                                                          (4m)


       c)    Maklumat dia atas menunjukkan kebergantungan Malaysia  kepada import dari luar              untuk memenuhi keperluan makanan rakyatnya.

              i)   Apakah kesan kebergantungan kepada import dari luar untuk memenuhi  
                   keperluan makanan negara kita.                                                    (6 m)

                   Kebergantungan kepada import dari luar untuk memenuhi keperluan makanan negara kita akan mengakibatkan negara perlu mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk membeli bahan makanan import. Ianya akan mengakibatkan pengaliran wang ke luar negara yang akan merugikan ekonomi negara kita. Selain itu harga makanan juga akan bertambah mahal.

                  Kebergantungan kepada import makanan dari luar menunjukkan kelemahan ekonomi negara. Ianya akan mengakibatkan harga bahan pertanian meningkat. Selain itu Malaysia akan mengalami krisis makanan jika negara luar tidak mahu menjual keperluan makanan mereka.

                  Kesimpulannya kebergantungan terhadap import makanan dari luar akan menimbulkan banyak masalah kepada negara kita.

        [ calon dinasihatkan untuk menulis inferens (kesimpulan ringkas) ]

             
  ii)   Cadangkan langkah- langkah untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian bagi memenuhi keperluan makanan dalam negara kita.                (6 m)

        Cuba jawab soalan di atas dengan mengolah isi menggunakan ayat berlapis dan inferens.

        Petikan akhbar di atas boleh digunakan untuk mendapatkan jawapan dan menjana               idea-idea lain bagi menulis jawapan anda.

         Contoh jawapan seorang murid :

         Antara langkah harus kerajaan ambil ialah dengan memberi tumpuan kepada industri            agro-bio yang memberi hasil lebih cepat. Rakyat juga hendaklah menyokong dan                  menggunakan makanan yang dibuat dalam negara. Oleh itu perbelanjaan dalam                  mengimport makanan dapat dikurangkan dalam negara kita.

         Ulasan cikgu : Isi yang diberi tidak mencukupi. Murid berjaya menulis inferens yang  
         sesuai. Murid hanya menulis jawapan yang diambil daripada petikan. Murid mesti                  menulis jawapan dengan berfikir diluar kotak dengan menulis jawapan berdasarkan              pembacaan luar.

         Isi-isi lain yang boleh digunakan ialah:
                     #  memberi khidmat nasihat kepada petani
                     #  menyediakan bantuan modal - Agro Bank
                     #  membuka lebih banyak tanah pertanian
                     #  menggunakan teknologi moden - baja dan racun
                     #  benih bermutu tinggi - hasil meningkat
                     #  menggalakkan rakyat bercucuk tanam di sekeliling rumah _ Program Bumi                            Hijau
                                        


        


Sunday, June 21, 2015

Peranan Akhbar dan Majalah Dalam Gerakan Kebangsaan

Akhbar dan majalah diakui telah memainkan peranan penting dalam gerakan nasionalisme di Tanah Melayu mulai tahun 1930-an. Ini dapat dilihat daripada pernyataan berikut;
      “Melalui usaha memberikan maklumat, rakyat umum memahami isu politik, isu kebajikan rakyat, tuntutan demokrasi dan perjuangan kemerdekaan yang harus diperjuangkan oleh semua pihak. Akhbar-akhbar itu bukan sahaja berusaha menyedarkan rakyat umum, malah turut menyampaikan mesej kepada raja dan golongan bangsawan supaya bertindak demi kepentingan bangsa Melayu”
                                                  (Sumber: Ishak Saat dlm  KEMANUSIAAN 17 (2010), 65–89  (muat turun)

a)    Namakan dua akhbar atau majalah yang memainkan peranan tersebut.

        …………………………………………………………………………………………........................

        ………………………………………………………………………………………...........................
                                                                                                                                                        [ 2 markah]

b)   Nyatakan  dua  isu pendidikan yang dibangkitkan oleh akhbar Melayu pada tahun 1930 an.

        ………………………………………………………………………………………….....................

       ………………………………………………………………………………………..........................
                                                                                                                                   [2 markah]

c)   Pada pendapat anda, mengapakah akhbar dan majalah mampu mempengaruhi masyarakat   
       pada ketika itu.

             ………………………………………………………………………………………........................

             …………………………………………………………………………………………. ..................
    [2 markah]

       d)  Sekiranya anda sebagai seorang penulis akbar dan majalah pada masa kini, apakah isu                    berkaitan golongan remaja yang akan anda tulis?

             ………………………………………………………………………………………..........................

              ………………………………………………………………………………………….....................
                        [2 markah]    
e)   Adakah akhbar dan majalah masih memainkan peranan penting dalam proses membentuk masyarakat yang patriotik pada masa kini?
      Berikan penjelasan anda.

             ………………………………………………………………………………………..........................

            …………………………………………………………………………………………......................

                                                                                                                                          [2 markah ]


Cadangan jawapan
a)  Lembaga Malaya
           Majlis
           Utusan Melayu
           Warta Negara
           Fajar Sarawak
           Majalah Guru
           Pengasuh
           Bulan Melayu

     b)  Memajukan pendidikan orang Melayu
          Galakkan pendidikan untuk anak perempuan
          Menyeru orang Melayu meninggalkan sikap negative
          Menggalakkan tabungan untuk pendidikan anak-anak
          Mementingkan kemahiran tradisional seperti pertukangan
          Mementingkan pendidikan Bahasa Inggeris
          Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki dengan memberi nilai ekonomi
          Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
          Menyeru orang Melayu tidak meninggalkan pendidikan Islam
            Mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat Melayu

     c)  Semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat
         Semangat ingin tahu
         Kemajuan sistem pendidikan
         Mudah di perolehi
         Harga mampu milik
         Tiada media sosial lain
         Penulisan yang bernas
         Kemunculan ramai wartawan yang berwibawa
         Menyediakan ruangan untuk soaljawab
         Menunjukkan semangat patriotik

    d)  Pengukuhan akhlak remaja
         Cabaran semasa
         Pendidikan remaja
         Kemahiran yang perlu dikuasai remaja
         Kepentingan sukan
         Penyalahgunaan dadah/bahan terlarang
         Masalah keruntuhan nilai-nilai agama/moral
           Semangat cintakan negara

    e)  Ya.
         Memaparkan berita kejayaan Malaysia.
         Menyeru kepada semangat perpaduan
         Memupuk semangat cintakan negara
         Menyiarkan masalah yang dihadapi rakyat

        Tidak
        Telivisyen dan radio lebih berpengaruh.
        Pembaca surat khabar berkurangan
        Beralih kepada media alternative
        Kurang rencana berkaitan patriotisme/cintakan negara
        Peranan diambil alih oleh sekolah/sistem pendidikan.
        Lambakan majalah hiburan /picisan.
        Kurang minat membaca dikalangan remaja.

# jawapan hendaklah dijawab dalam ayat lengkap

Kerajaan Maritim

   sumber:http://www.keralatourismpackages.co.in/blog/wpcontent/uploads/2014/05/Calicut_1572.jpg


            Gambar di atas merupakan gambaran kegiatan utama kerajaan awal yang bersifat kerajaan maritim. Kerajaan maritim  sentiasa berusaha memajukan ekonomi perdagangan.

a)         Jika anda sebagai seorang anak raja semasa zaman kerajaan awal, jelaskan lokasi yang akan anda pilih untuk membina sebuah kerajaan maritim yang baru.
            ....................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
                                                                                                                                       [2 markah]
b)         Terangkan kemudahan yang akan anda bina untuk memajukan kerajaan maritim tersebut.
            ....................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
                                                                                                                                       [4 markah]
c)         Kejayaan kerajaan maritim bergantung kepada rakyatnya.
            Jelaskan peranan rakyat dalam membangunkan sesebuah kerajaan maritim.

....................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

                                                                                                                                       [4 markah]