Sunday, October 24, 2010

Khazanah Gopeng

Batang paip besar dipercayai ditarik ke puncak bukit menggunakan gajah kerana terlalu berat dan panjang
SEJARAH membuktikan Perak diakui sebagai negeri pembekal bijih timah utama negara sejak ratusan tahun sehingga ke zaman selepas merdeka. Kesan tinggalan aktiviti perlombongan cukup jelas, tetapi perubahan zaman menyaksikan banyak bukti fizikal itu diubah suai mengikut keperluan semasa.

Di Gopeng juga mengalami perubahan sama, banyak tanah lombong kini ditebus guna untuk projek perumahan, kampung tersusun, bangunan pejabat, sekolah dan jalan raya. Dari aspek pembangunan, perubahan memang diperlukan tetapi timbul persoalan adakah semua tinggalan sejarah itu perlu diubah dan dihapuskan semata-mata untuk mengecapi permodenan. Perlu diselidik kenapa Kota A Famosa di Melaka tidak dihancurkan semuanya dan apa kesan tinggalan pintu gerbang yang masih kekal kepada industri pelancongan, sedangkan Gopeng juga mempunyai kesan sejarah perlombongan yang hampir pupus iaitu paip air gergasi. Batang paip besi dan laluannya sepanjang yang dianggarkan 14.5 kilometer batu itu pernah menjadi mercu tanda Gopeng ketika era kegemilangan industri perlombongan tetapi kini dipandang sebelah mata sebagai ‘besi buruk’ yang langsung tiada nilainya. Jika dikira usianya, dianggarkan sudah lebih 160 tahun tetapi mungkin bagi pihak berkuasa tempatan, paip itu hanya suatu yang menyemak mata memandang dan perlu dibuang tanpa sebarang usaha mengekal atau menjadikan sebahagian daripadanya sebagai bahan sejarah. Kedudukannya cukup mudah dikesan kerana jika melintasi jalan utama ke pekan Gopeng, pasti akan melalui satu jejantas lama yang diatasnya masih ada sisa batang paip besi yang bersambung antara Taman Gopeng Baru dengan masjid di seberang jalan. Di bawah jejantas itu tertulis 4m (empat meter) menandakan kenderaan yang mempunyai ketinggian melebihi paras itu dilarang melaluinya. Di sebelah Taman Gopeng Baru, paras tanda itu semakin rendah dengan tanda 3m (meter). Di situ juga ada dua laluan bawah jejantas yang hanya boleh memuatkan sebuah kenderaan pada satu-satu masa kerana kedudukannya di satu selekoh. Semakin jauh ke dalam kawasan kampung, semakin rendah laluan batang paip berkenaan. Air yang dipam di puncak bukit di situ disalurkan ke kawasan rendah untuk aktiviti lombong dedah yang menggunakan banyak air untuk menembak dan menghancurkan tanah bukit sebelum diteruskan dengan kaedah mendulang. Pada masa sama, penduduk juga mendapat manfaatnya melalui pemberian air percuma yang dibekalkan syarikat perlombongan Osborne and Chopper dan kerajaan negeri ketika itu. Semua itu, hanya tinggal kenangan dan sejarah kerana penduduk di situ mendakwa banyak batang paip besi itu sudah dipotong dan dijual dengan izin. Apa yang ada hanyalah batang besi dianggarkan sepanjang 200 meter di pekan Gopeng dan bakinya di Kampung Sungai Itek. Penduduk dan bekas pekerja lombong, Mokhtar Baki, 76, mengakui mereka kecewa dengan keadaan semasa dan mengharapkan kerajaan negeri mengambil tindakan segera dengan mengekalkan saki baki tinggalan sejarah. Katanya, paip air besar itu sebenarnya dipam dari dua empangan iaitu Kampar Water Supplier (KWS) dan Jeranto Water Supplier (JWS) untuk kegunaan kira-kira 2,000 pekerja lombong, tidak termasuk penduduk tempatan. Air dari kedua-dua empangan itu akan disalurkan untuk kawasan tadahan syarikat Osborne and Chopper dan bekalan air kerajaan (GWS). “Itulah (batang paip besi) sejarah Gopeng, ‘trade mark’ orang sini. Dulu, penduduk dapat bekalan air percuma, cuma perlu gotong royong pasang paip dan salurkan ke rumah masing-masing. Air gunung sangat bersih dan sejuk. “Kalau tak dikekalkan atau dijaga dengan baik, saya percaya dalam masa beberapa tahun akan datang, Gopeng langsung tak ada apa-apa,” katanya. Berdasarkan cerita lisan, Mokhtar yang pernah berkhidmat sebagai Tentera British berpangkalan di Singapura, berkata batang paip besar itu ditarik ke puncak bukit menggunakan gajah kerana terlalu berat dan panjang. Ada yang mendakwa batang paip itu ditarik di rel kereta api tetapi apa pun kaedah yang digunakan, ia mencerminkan suatu yang cukup sukar untuk menyambung paip air dari empangan atas bukit. Bahkan, khidmat Orang Asli turut digunakan untuk menjaga kawasan empangan, manakala pekerja lain ditugaskan memantau sukatan air melalui rumah stim yang dikhaskan mengawal meter air atau jumlah air yang dilepaskan. Paip besar banyak kenangan BATANG paip besi Gopeng bukan sekadar membekalkan air bersih untuk penduduk dan aktiviti perlombongan tetapi meninggalkan seribu kenangan suka duka kepada penduduk yang menganggap ia sebahagian daripada hidup mereka. Bagi kanak-kanak sekolah ketika itu, batang paip besar itu adalah laluan mereka merentasi kampung untuk ke sekolah. Saiznya yang cukup besar membolehkan kanak-kanak berjalan dan berlari di sepanjang laluan dan turun di mana-mana lokasi dikehendaki. Bahkan, ada juga rumah yang dibina berdepan dengan saluran batang paip dan terpaksa membuat laluan khas untuk melintasi sama ada di bawah atau atas paip. Kebiasaannya, mereka lebih selesa melalui jalan bawah. Namun, semua itu hanya tinggal kenangan dan sejak 1998 hinggalah 2009, hanya tinggal kurang 200 meter batang paip yang tinggal. Penduduk, Shaari Ali, 59, mengakui batang paip itulah tempatnya bermain dan berkejaran bersama rakan untuk ke sekolah setiap hari. “Laluan atas batang paip itu sepatutnya berlumut, tetapi disebabkan kami menggunakannya setiap hari, lumut pun tak sempat tumbuh, dah macam ada laluan khas,” katanya mengimbau kenangan sejarah paip Gopeng. Katanya, jika ditanya pendapatnya mengenai kepentingan mengekalkan bahan sejarah itu, sudah pasti penduduk tempatan menyokong sepenuhnya kerana hanya itulah mercu tanda sejarah yang ada di Gopeng. “Kami tiada ada kuasa untuk buat keputusan. Kenapa tidak pindahkan saki baki batang paip itu ke satu lokasi baru sebagai tatapan atau kekalkan di tempat asal dan baik pulih bahagian yang rosak, letakkan sedikit papan maklumat,” katanya. Menurut cerita lisan, air di situ sangat sejuk hinggakan jika ada penduduk yang mengalami demam panas, mereka akan berbaring di atas batang paip itu untuk beberapa jam sehingga suhu badan turun ke paras normal. Kini, penduduk kampung masih lagi menggunakan bekalan air bukit tetapi menggunakan batang paip baru yang lebih kecil dan disambung ke rumah dengan paip getah bersaiz tiga inci. Bagaimanapun, mereka juga menghadapi masalah tekanan air tidak menentu disebabkan saiz batang paip utama dikatakan terlalu kecil dan tidak mampu menampung keperluan penduduk. Info: Paip Air Gopeng dan aktiviti perlombongan * Syarikat Osborne and Chopper ditutup 1994. * Paip air besi disambung menggunakan pasak kayu. * Ukuran batang paip:
  • Garis pusat 48 inci
  • Garis pusat 24 inci * Jarak antara tiang: 600 meter * Antara laluan saluran paip:
  • Kampung Tersusun Gopeng
  • Taman Gopeng Baru
  • Lawan Kuda
  • Kopisan Baru.
  • Kampung Sungai Itek
  • Kampung Pintu Padang
  • Khazanah Gopeng Oleh Mohd Azis Ngah azis@bharian.com.my 2010/05/30

    BAB 2 TING 5 : Gerakan Nasionalisme di Tanah Melayu

    Gerakan nasionalisme sejak abad ke-19 hingga abad ke-20 merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa sahaja bentuk penentangan atau penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar.
    (a) Terangkan faktor-faktor pemangkin kepada nasionalisme di Tanah Melayu. [8 markah]

    Faktor pertama ialah pengenalan sistem politik barat yang memusnahkan sistem politik tempatan. Residen mengambilalih peranan pembesar tempatan dan melahirkan kebencian penduduk tempatan. Faktor kedua ialah pengenalan sistem pendidikan Inggeris. Sekolah vernakular Melayu melahirkan intelektual Melayu yang mampu melahirkan idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajah.

    Faktor ketiga ialah dasar British yang menggalakkan sesiapa sahaja datang dan menetap di Tanah Melayu. Peningkatkan jumlah imigran menimbulkan persaingan dengan penduduk tempatan. Orang Melayu kekal dan tidak dimajukan oleh Inggeris.

    Faktor keempat ialah kesan pendudukan Jepun diTanah Melayu. Konsep kesemakmuran Asia menekankan kebebasan negara Asia telah menggalakkan orang tempatan bekerjasama dengan Jepun dengan janji Kemerdekaan. Faktor kelima ialah penguasaan PKM. PKM telah menguasai balai polis dan memerintah dengan kejam. PKM menangkap dan membunuh dengan kejam sesiapa yang dianggap penyokong Jepun telah mencetuskan konflik perkauman.

    Faktor keenam ialah kemunculan mesin cetak yang menyebabkan penyebarkan ilmu pengetahuan yang mendorong penentangan terhadap penjajah. Faktor ketujuh ialah Gerakan Pan Islam iaitu Gerakan intelektual Islam seluruh dunia. Di Tanah Melayu gerakan ini diketuai Kaum Muda yang dikenali sebagai Gerakan Islah.

    (b) Jelaskan isu-isu yang diperjuangkan oleh persatuan-persatuan Melayu pada awal
           abad ke-20. 
                                                                                                                      [6 markah]
    Kesatuan Melayu Singapura (KMS) memperjuangkan isu sosioekonomi penduduk Melayu Singapura. KMS mendesak kebajikan orang Melayu diberi perhatian oleh British. KMS juga menggesa orang Melayu memajukan diri dan bangsa. KMS menggalakkan persaudaraan dan perpaduan orang Melayu serta perpaduan seluruh Semenanjung Tanah Melayu.

    Persatuan Negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan mahu menggabungkan tenaga intelektual melayu. Persatuan-persatuan negeri membincangkan nasib orang Melayu dalam Ekonomi, pendidikan dan perkhidmatan kerajaan .

    Persatuan Melayu Miri dan Persatuan Melayu Sarawak berusaha mengeratkan perpaduan serta menjaga budaya dan maruah bangsa. Kesatuan Melayu Muda (KMM) berusaha menggalakkan perpaduan di kalangan pemuda melayu dan meningkatkan tahap pendidikan orang Melayu.


    (c) Sebagai seorang warganegara berikan bukti bahawa anda cintakan negara Malaysia.

    Bukti saya cintakan Malaysia ialah saya menyambut perayaan kemerdekaan Negara. Saya mengibarkan bendera Jalur Gemilang sepanjang tahun  Saya juga menghormati lagu kebangsaan dan lambang-lambang negara. Saya juga sentiasa mengamalkan prinsip Rukun Negara dan menghormati perlembagaan negara. Saya juga patuh kepada undang-undang.

    ( ulasan: bagi soalan kbkk yang bertemakan politik/ patriotism, saya cadangkan anda menggunakan pendekatan Rukun Negara. Sebagai contoh:
       Bukti saya cintakan Negara ialah saya sentiasa mengamalkan prinsip Rukun Negara. Saya taat setia kepada raja dan Negara. Saya menjunjung tinggi keluhuran perlembagaan Negara kita. Sebagai rakyat saya akan patuh kepada undang-undang Negara. Selain itu saya sentiasa mengamalkan nilai-nilai kesopanan dan kesusilaan rakyat Malaysia.

    Sesudah itu anda bolehlah menambah isi-isi lain yang anda mahu. Mudahnya dengan menghafal dan mengolah Rukun Negara sebagai jawapan. Cuba dengan soalan lain pula)

    (d)  Negara pernah diancam oleh gerakan komunis dan pencerobohan Sulu yang menggugat kedaulatan negara. Bagaimanakah anda boleh membantu untuk memastikan perkara tersebut tidak berulang.

    ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    BAB 10 TING 4: KEDATANGAN BURUH KE TANAH MELAYU

    Jadual berikut menerangkan tentang bilangan kemasukan imigran ke Tanah Melayu.

    Tahun

    Negeri Melayu Bersekutu

    Negeri Selat

    1891

    163 000

    228 000

    1901

    300 000

    282 000

    (a) Berikan dua faktor yang mempengaruhi kemasukan imigran China dan India ke Tanah Melayu .

    (i) Kekayaan sumber alam

    (ii) kemakmuran ekonomi

    (iii) Kestabilan politik

    (iv) Galakan penjajah

    (v) Keperluan sumber tenaga manusia

    (b) Apakah kesan daripada kewujudan masyarakat berbilang kaum di Malaysia?

    (i) Petempatan berbeza mengikut kaum

    (ii) Pekerjaan berbeza mengikut kaum

    (iii) Orang Melayu bertani/tinggal di luar Bandar

    (iv) Orang India menjadi buruh/tinggal diestet

    (v) Orang China berniaga/sektor perlombongan/tinggal di bandar

    (vi) Bahasa pertuturan berbeza

    (c) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu ?

    (i) Menghayati Rukun Negara

    (ii) Mengamalkan konsep kejiranan

    (iii) Memperkasakan Rukun Tetangga

    (iv) Melaksanakan program perpaduan di sekolah/RIMUP

    (v) Melancarkan konsep 1 Malaysia

    (d) Pada pandangan anda, apakah faktor yang mempengaruhi kedatangan pekerja asing ke negara kita ?

    (i) peluang pekerjaan yang banyak

    (ii) kestabilan politik

    (iii) perkembangan ekonomi yang pesat

    (iv) rakyat Malaysia yang mesra

    BAB 9 TING 5 : CABARAN MASA DEPAN

    Melahirkan k-masyarakat atau k-society adalah satu keperluan dalam menghadapi persaingan globalisasi.
    (a) Apakah keburukan globalisasi kepada negara kita? [5 markah]
    Keburukan globalisasi kepada negara kita ialah meningkatkan jurang perbezaan antara bandar dengan luar bandar. Globalisasi juga meningkatkan jurang antara negara maju dengan negara membangun. Globalisasi boleh menyekat peluang pekerjaan kepada penduduk Malaysia. Seterusnya ianya akan merendahkan taraf hidup penduduk yang gagal memahami globalisasi. Globalisasi seteruusnya akan menghindarkan perkembangan sosial.
    (b) Jelaskan usaha-usaha kerajaan dalam melahirkan masyarakat yang berpengetahuan (k-masyarakat). [7 markah]
    Usaha yang dibuat oleh kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang berpengetahuan (k-masyarakat) iailah membangun dan menyusun semula sitsem pendidikan di Malaysia. Sekolah Wawasan telah dibuka untuk memupuk perpaduan antara kaum. Sekolah wawasan berupaya meningkatkan interaksi murid pelbagai kaum untuk meningkatkan daya saing. Sekolah Bestari yang dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat juga dimulakan. Seterusnya uasaha memupuk rasa cinta pada IT dikalangan pelajar dilakukan. Kerajaan juga mengubahsuai kurikulum untuk melahirkan pelajar yang kreatif dan analitis .
    (c) Pada pandangan anda, apakah kepentingan k-masyarakat kepada rakyat Malaysia? [8 markah]
    K-masyarakat akan membolehkan rakyat Malaysia bersaing di peringkat antarabangsa. Rakyat juga mampu menguasai ilmu terkini dan teknologi baru. Maka k-masyarakat akan mengupayakankan masyarakat menjadi kreatif dan inovatif. Akhirnya mereka mampu menguasai dan mencipta teknologi baru. Rakyat juga akan menguasai bahasa asing. K- masyarakat akan melahirkan masyarakat yang bermaklumat dan seterusnya negara akan mencapai taraf negara maju menjelang 2020.

    Sejarah subjek wajib lulus SPM

    KUALA LUMPUR - Kerajaan memutuskan untuk menaik taraf status Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar).

    Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah tersebut bererti setiap calon perlu lulus mata pelajaran Sejarah sebagai syarat untuk mendapat sijil SPM seperti mana mata pelajaran Bahasa Malaysia sebelum ini.

    Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pada masa ini di peringkat sekolah menengah, mata pelajaran Sejarah adalah mata pelajaran teras yang wajib diambil oleh semua pelajar.

    "Selaras dengan pandangan yang dikemukakan oleh sebahagian besar jurucakap dalam Perhimpunan Agung UMNO, saya mengumumkan bahawa Kementerian Pelajaran memutuskan untuk menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM mulai 2013 seperti mana mata pelajaran Bahasa Malaysia sebagai syarat untuk mendapat sijil SPM.

    kosmo online24/10/2010

    BAB 9 TING 5 : CABARAN MASA DEPAN

    CABARAN MASA DEPAN
    (a) Terangkan cabaran globalisasi yang terpaksa dihadapi oleh Malaysia


    Malaysia terpaksa menerima hakikat bahawa dunia tanpa sempadan.
    Segala aspek ekonomi dan sosial menyeberangi sempadan dalam masa yang begitu singkat. Proses komunikasi anytara Negara berlaku dengan pantas.
    Keadaan ini berlaku kerana kemajuan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.
    Malaysia terpaksa mengakui kepentingan ICT. Kita terpaksa akur dengan nilai baru bahawa pengukuran kekayaan sesebuah negara berdasarkan teknologi dan industri yang berasaskan ilmu pengetahuan. Kita perlu sedar bahawa modal intelek dan pekerja berpengalaman menjadi sumber paling berharga bagi sesebuah negara.
    Kita perlu bersedia ke arah mewujudkan K- masyarakat.


    (b) Huraikan langkah-langkah yang telah diambil oleh Malaysia dalam menghadapi cabaran globalisasi.

    Langkah yang diambil Malaysia ialah dengan menyediakan frasarana ICT.
    Langkah ini bertujuan merebut peluang dan faedah yang dihasilkan oleh ICT. Malaysia mempromosikan Penggunaan ICT. Malaysia melancarkan projek Korodor Raya Multimedia (MSC)
    MSC memulakan e-pendidikan, pemasaran tanpa sempadan, e-dagang dan penyiaran digital. Kerajaan telah memperuntukkan belajawan Sebanyak RM5.2 billion bagi projek berasaskan ICT. RM1 bilion daripada peruntukkan itu diagihkan untuk program luar bandar.
    Kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan penemuan baru. Kerajaan menubuhkan sekolah wawasan. Sekolah tersebut diwujudkan bagi meningkatkan daya saing. Kerajaan menubuhkan Sekolah Bestari. Sekolah Bestari dilengkapi dengan frasarana teknologi maklumat. Kurikulum diubahsuai dan dibentuk semula.
    Langkah ini dilaksanakan agar melahirkan pelajar yang kreatif, kritis dan analitik


    (c) Pada pandangan anda, mengapakah kerajaan memperkenalkan projek Koridor Raya Multimedia ?

    Projek Korodor Raya Multimedia diperkenal untuk memanfaatkan perkembangan teknologi maklumat. Ianya untuk Menggalakkan perkembangan ICT
    dan penggunaan ICT secara positif. Pelaksanaan ekonomi berlandaskan pengetahuan (K-ekonomi) boleh berjalan lancar. Ianya untuk membangunkan ekonomi Negara. Meletakkan Malaysia dalam posisi yang lebih baik pada era globalisasi.. Akhirnya dapat melahirkan masyarakat yang bermaklumat.

    BAB 9 TING 5 : MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN ANTARABANGSA

    Negara-Negara Selatan juga dikenali sebagai Negara Dunia Ketiga. Negara-negara ini mempunyai banyak persamaan dari segi latar belakang dan politiknya.

    (a) Apakah matlamat penubuhan kumpulan Negara- Negara Selatan?

    Matlamatnya untuk atasi masalah harga eksport bahan mentah yang rendah.
    Matlamat lain untuk meningkat kerjasama ekonomi dan teknikal negara anggota. Ini supaya mereka tidak bergantung kepada negara-negara maju.


    (b) Nyatakan ciri-ciri Negara-Negara Selatan.

    Ciri-ciri Negara –negara Selatan ialah dikenali sebagai negara Dunia Ketiga.
    Negara –negara Selatan mempunyai persamaan latar belakang ekonomi, pernah dijajah oleh kuasa Barat dan masih bergantung kepada negara maju dalam pemasaran bahan mentah.

    Negara ini juga tidak mempunyai kepakaran dan tidak mempunyai modal untuk memproses bahan mentah menjadikan barangan siap. Mereka menghadapi perdagangan yang tidak adil dengan Negara maju.Harga bahan mentah dikawal oleh negara maju dan dikenakan kadar faedah pinjaman modal yang tinggi.


    (c) Jelaskan tindakan yang diambil oleh Negara-Negara Selatan untuk kemajuan negara anggota.

    Tindakan yang diambil ialah menubuhkan Suruhanjaya Selatan-Selatan oleh Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad. Kemudian penubuhan kumpulan 15 / atau G15 pada 1989. Sidang kemuncak G15 di Kuala Lumpur pada 1990. Negara-Negara Selatan merancang projek kerjasama dalam bidang sains dan teknologi.

    Suruhanjaya Selatan-Selatan menubuh Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi di Kuala Lumpur (SITTDEC). Sistem Keistimewaan Perdagangan Global (GSTP) juga ditubuhkan. Kemudahan kredit dan mekanisme kewangan pembiayaan perdagangan juga disediakan. Ianya bagi mengatasi daripada bergantung kepada negara maju. Ini membolehkan mereka menentukan harga eksport. Seterusnya meningkat kerjasama ekonomi dan teknikal negara anggota.

    BAB 9 TING 5 : MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN ANTARABANGSA

    22. Jadual di bawah merujuk kepada penyertaan Malaysia dalam Pertubuhan Antarabangsa selepas mencapai kemerdekaan

    Pertubuhan

    Tahun Penyertaan

    Komanwel

    1931

    Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)

    1970

    Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)

    1971

    a) Apakah faedah yang diperolehi oleh Malaysia apabila menyertai pertubuhan Komanwel ?

    Penyertaan dalam Komanwel telah Memelihara keamanan dan kedaulatan Negara. Komanwel membantu menyekat perjuangan Parti Komunis Malaya.
    Malaysia menandatangani Perjanjian Pertahanan dengan Britain, Australia, New Zealand. Malaysia mendapat bantuan tentera apabila diserang terutama semasa konfrantasi dengan Indonesia.

    Malaysia juga menjadi tuan rumah Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM). Malaysia juga menyuarakan penentangan terhadap dasar apartheid di Afrika Selatan. Eksport Malaysia ke negara-negara Komanwel dan Britain dikenakan cukai yang rendah.

    Malaysia mendapat bantuan teknikal/ biasiswa dalam Rancangan Colombo.
    Menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.



    (b) Jelaskan matlamat penubuhan pertubuhan-pertubuhan berikut :-

    (i) Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)
    Matlamat NAM ialah Mengekalkan keamanan dunia. Nam Tidak menyokong blok barat atau blok komunis. Nam juga Mengelak campur tangan asing dalam hal ehwal sesebuah Negara. Menyelesaikan sebarang pertelingkahan antara negara melalui perundingan dan persefahaman.
    Nam menghormati hak asasi manusia. Nam Membela kepentingan negara sedang membangun. Nam juga Membela isu Palestin. NAM juga melaksanakan kerjasama ekonomi. Matlamat lain ialah membincangkan isu Antartika dan Cadangan menghapuskan dasar apartheid di Afrika Selatan.


    (ii) Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
    Matlamat OIC ialah Mengeratkan hubungan sesama negara Islam dalam segala bidang. Bersuara dengan satu nada bagi kepentingan umat Islam. Mengekalkan perdamaian dalam segala sengketa Memastikan tempat-tempat suci Islam dihormati dan tidak dicemari. Memberi bantuan kepada negara Islam yang bermasalah. Memberi bantuan kewangan kepada negara Islam yang kurang maju.
    Menubuhkan Bank Pembangunan Islam untuk memberi perkhidmatan kewangan kepada anggota.


    (c) Jelaskan peranan penting Malaysia dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
    Tunku Abdul Rahman menjadi Setiausaha Agung OIC yang pertama. Malaysia Menjadi perantara menyelesaikan perang Iran-Iraq. Memberi sokongan kepada Palestin dalam perjuangan menentang Israel.
    Malaysia Menjadi tuan rumah persidangan OIC. Menganjurkan persidangan menentang pengganas di kalangan negara Islam. Memberi tawaran biasiswa kepada pelajar OIC untuk belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
    Mengesyorkan penggunaan dinar emas di kalangan negara Islam dalam urusan perdagangan.

    BAB 7: SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA

    Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas pembentukan sesebuah kerajaan. Ia merupakan dokumen rasmi yang mengandungi peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan.

    (a) Terangkan maksud keluhuran perlembagaan
    Keluhuran perlembagaan bermaksud Keagungan dan ketertinggian undang-undang. Perlembagaan Malaysia mengatasi Yang diPertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah. Semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan Malaysia adalah tidak sah.
    Undang-undang negeri mesti selaras dengan perlembagaan Persekutuan.
    Undang-undang negeri terbatal sekiranya bertentangan dengan Perlembagaan .
    Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada mahkamah membatalkan akta yang diluluskan di luar bidang kuasa parlimen atau bercanggah dengan perlembagaan.


    (b) Jelaskan kepentingan perlembagaan negara bagi menjamin keharmonian dan kesejahteraan rakyat
    Kepentingan perlembagaan Negara ialah Menjamin kestabilan sesebuah Negara. Ianya dapat Menjamin kecekapan, kejujuran, keadilan dan ketelusan kerajaan. Juga dapat melicinkan pentadbiran dan pemerintahan kerajaan.
    Perlembagaan adalah panduan kepada pemerintah. Ianya menjamin taat setia rakyat kepada Negara, menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat.
    Perlembagaan Menjamin dan memelihara hak istimewa serta kedudukan orang Melayu. Juga menjamin kedudukan bumiputera Sabah dan Sarawak. Menjamin kerjasama antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Perlembagaan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang.

    (c) Pada pandangan anda, mengapakah perlembagaan negara perlu dipinda dari semasa ke semasa.
    Pindaan perlembagaan bertujuan melindungi kepentingan rakyat. Ia juga untuk
    menjaga keselamatan Negara dan melicinkan urusan pentadbiran Negara. Supaya perlembagaan sentiasa sesuai dengan keperluan semasa.
    Pindaan bertujuan mewujudkan undang-undang yang munasabah dan dipatuhi oleh rakyat. Serta melarang perkara sensitif dipersoal secara terbuka

    BAB 7: SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA

    Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat

    (a) Apakah yang anda faham tentang Yang di-Pertuan Agong
    • Jawatan YDPA diwujudkan sejak tahun 1957
    • Merupakan tonggak negara
    • Ketua Utama Negara
    • Simbol keutuhan dan perpaduan rakyat di negara


    (b) Jelaskan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong mengikut Perlembagaan Malaysia.
    Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong ialah sebagai Ketua Negara. Baginda Mengetuai 3 badan kerajaan iaitu Badan Perundangan, Badan Pemerintah dan Badan Kehakiman.
    Baginda mempunyai kuasa memanggil dan membubarkan Parlimen.

    Baginda adalah Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata. Baginda bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu. Baginda adalahKetua Agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah.

    Baginda mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri, melantik dan melucutkan Jemaah Menteri. Boleh mengisytiharkan Undang-undang Darurat. Baginda bertanggungjawab melantik Peguam Negara, Melantik Ketua Audit Negara dan mentauliahkan duta-duta Negara.

    (c) Dewan Negara adalah sebahagian daripada komponen Parlimen. Jelaskan apakah ciri-ciri Dewan Negara.
    Dewan Negara juga dikenali sebagai Dewan Senat. Merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan Negara. Dewan Negara mengandungi 69 orang ahli. Ahli Dewan Negara digelar Senator mewakili setiap negeri. Dilantik tanpa melalui pertandingan dalam pilihanraya
    Seorang Senator memegang jawatan bagi tempoh 3 tahun. Mesti berumur sekurang-kurangnya 30 tahun. Kedudukannya Sama taraf dengan ahli Dewan Rakyat. Boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri. Keahlian Dewan Negara dilantik oleh YDPA. Ahlinya terdiri daripada individu yang telah memberi sumbangan cemerlang.

    (d) Bagaimanakah anda menunjukkan ketaatan kepada raja dan negara Malaysia?
    Ketaatan kepada raja dan negara dapat ditunjukkan dengan cara menghormati lambang-lambang negara. Keduanya menghayati dan mengamalkan prinsip Rukun Negara.
    Ketiganya dengan menghormati keluhuran Perlembagaan dan menghormati institusi Raja.

    (e) Nyatakan ciri-ciri Dewan Rakyat
    Ahli Dewan Rakyat dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum. Mengandungi 219 orang ahli. Ahli Dewan rakyat mewakili kawasan pilihan raya di seluruh negara. Tempoh jawatan ahli ialah lima tahun atau satu penggal. Tugas utama ahli ialah menggubal dan meluluskan undang-undang. Ahli Dewan rakyat mestilah berumur 21 tahun ke atas.

    Tuesday, October 12, 2010

    BAB 6 TING 5 : PENGUKUHAN NEGARA & BANGSA MALAYSIA

    1 Pada 27 Mei 1961 pengumuman tentang cadangan gagasan Malaysia telah dibuat.

    (a) Siapakah yang mengumumkannya?

    i......................................................................................................

    (b) Bedasarkan rajah di atas, jelaskan tiga faktor politik yang mendorong pembentukan Malaysia.
    i........................................................................................................
    ii......................................................................................................
    iii.....................................................................................................

    (c) Nyatakan dua parti politik di Sarawak yang menyokong penubuhan Malaysia?
    i........................................................................................................
    ii.....................................................................................................

    (d) Nyatakan dua perkara yang dinyatakan dalam hak wilayah asingan yang dikehendaki oleh
    Sabah dan Sarawak.

    i......................................................................................................
    ii......................................................................................................

    (e) Jika anda merupakan seorang pemimpin di Sarawak atau Sabah ketika itu, nyata cara anda boleh membantu menjayakan gagasan penubuhan Malaysia.
    i....................................................................................................
    ii....................................................................................................

    BAB 6 TING 5 : PENGUKUHAN NEGARA & BANGSA MALAYSIA

    Perjanjian Malaysia telah ditandatangani di London pada Julai 1963.

    (a) Jelaskan reaksi rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia.

    Di Sarawak, Parti Negara Sarawak (PANAS) yang pertama menyokong gagasan Malaysia. Parti SNAP, BERJASA, PESAKA dan SCA menentang kerana mahukan kemerdekaan terlebih dahulu. Parti-parti ini kemudiannya menyokong.
    Parti SUPP terus menentang gagasan Malaysia. Parti seperti PANAS , SNAP , BERJASA , PESAKA dan SCA membentuk Parti Perikatan Sarawak yang mentokong gagasan Malaysia.

    Di Sabah, cadangan gagasan Malaysia menyebabkan parti-parti politik seperti UNKO, USNO, Parti Pasok Momugun , Parti Bersatu , Parti Demokratik ditubuhkan.
    Tujuannya bagi mengemukakan pandangan dan mendapatkan sokongan gagasan Malaysia. Semua parti ini kemudiannya membentuk Parti Perikatan Sabah yang menyokong gagasan Malaysia. Mereka menuntut 20 perkara untuk dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia.


    (b) Jelaskan usaha-usaha untuk mendapatkan sokongan rakyat Sarawak dan Sabah terhadap pembentukan Malaysia.


    Usaha mendapatkan sokongan rakyat sabah dan Sarawak ialah lawatan Tunku Abdul Rahman ke Sarawak dan Sabah untuk menjelaskan tentang penubuhan Malaysia. Rundingan antara pegawai kanan Persekutuan Tanah Melayu dengan pegawai British di Sarawak dan Sabah juga diadakan.


    Seterusnya menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK).
    Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum telah mengumpulkan pandangan rakyat sabah dan Sarawak tentang pembentukan Malaysia. JPPK telah mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold yang mengandungi pandangan rakyat Sarawak dan Sabah untuk dimasukkan dalam perlembagaan.

    Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan untuk meninjau pandangan rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia. Seterusnya menubuhkan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) untuk memperincikan cadangan-cadangan Suruhanjaya Cobbold. Jawatankuasa Antara Kerajaan mengunjungi Sarawak dan Sabah untuk menerangkan penubuhan Malaysia. JAK mengadakan mesyuarat mewajarkan kemasukan Sarawak dan Sabah ke dalam Malaysia dan membincang hak penduduk Sarawak dan Sabah. Setiausaha PBB menubuhkan perwakilan Malaysia ke PBB untuk meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah.


    (c) Pada pengetahuan sejarah anda, apakah manfaat yang diperolehi daripada pembentukan Malaysia ?

    Manfaat/faedah penubuhan Malaysia ialah mempercepatkan kemerdekaan negeri Sabah dan Sarawak. Ianya mewujudkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara. Ianya dapat menghalang penyebaran pengaruh komunis di wilayah Borneo.

    Penubuhan Malaysia mewujudkan pasaran yang lebih luas bagi menggalakkan perkembangan industry pertanian. Dengan itu dapat memanfaatkan sumber yang ada di negeri-negeri itu. Ianya juga menggalakkan pelaburan. Negeri-negeri yang belum membangun dapat dimajukan.

    Penubuhan Malaysia dapat mengimbangkan jumlah kaum di kalangan negeri anggota. Pembentukan Malaysia juga dapat meningkatkan semangat setiakawan negara anggota.



    BAB 6 TING 5 : PENGUKUHAN NEGARA & BANGSA MALAYSIA

    Soalan 3. Perjanjian Malaysia telah ditandatangani di London pada Julai 1963.

    (a) Senaraikan dua cadangan daripada Suruhanjaya Cobbold untuk melindungi kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah.
    • Diberikan kuasa menentukan dasar imigresen.
    • Hak dan kedududukan bumiputera Sarawak dan Sabah dijamin.
    • Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan.
    • Perlembagaan Malaysia berasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948

    (b) Berikan dua perkara penting dalam hak wilayah asingan.
    • Ketua negeri.
    • Bahasa kebangsaan.
    • Agama Islam.
    • Kedudukan istimewa penduduk asal negeri.
    • Hal ehwal imigresen.
    • Kerakyatan.
    • Peruntukan kewangan
    • Pelajaran

    (c) Terangkan hasil tinjauan Suruhanjaya Cobbold ke atas penduduk Sabah dan Sarawak.

    • Satu pertiga menyokong gagasan Malaysia tanpa syarat.
    • Satu pertiga menyokong dengan syarat.
    • Satu pertiga inginkan kemerdekaan dahulu

    (d) Mengapakah Laporan Suruhanjaya Cobbold penting dalam pembentukan

    Malaysia ?

    • Membuktikan majoriti penduduk Sarawak dan Sabah menyokong.

    · Menafikan tuduhan pembentukan Malaysia merupakan satu bentuk

    Neokolonialisme

    (e) Pada pendapat anda, apakah iktibar yang dapat dipelajari daripada kejayaan pembentukan Malaysia ?

    • Berunding untuk mengatasi masalah.
    • Membuktikan kebijaksanaan tokoh tempatan.
    • Pemimpin sanggup bekerjasama
    • Bertolak ansur demi mencapai kesejahteraan bersama
    • Kerjasama daripada rakyat penting untuk kejayaan.

    (f) Mengapakah tarikh pembentukan Malaysia ditunda kepada 16 September 1963.

    • Tentangan Indonesia
    • Tentangan Filipina
    • Laporan Suruhanjaya PBB lewat

    (g) Nyatakan jawatankuasa yang ditubuhkan untuk menjayakan gagasan Malaysia.

    • Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia
    • Suruhanjaya Cobbold
    • Jawatankuasa Antara Kerajaan
    Suruhanjaya PBB/ Suruhanjaya Lawrence Michealmore


    BAB 9 TING 5 : PERANG DUNIA PERTAMA

    1. (a) Jelaskan faktor-faktor yang membawa kepada berlakunya Perang Dunia Pertama

    Faktor berlakunya Perang Dunia Pertama ialah negara-negara kecil bersatu membentuk sebuah negara bangsa yang lebih besar. Contohnya Jerman dan Austria. Setiap Negara mempunyai semangat nasionalisme yang berkobar-kobar sehingga sanggup berperang untuk membuktikan kekuasaan masing-masing.


    Faktor lain ialah berlaku persaingan untuk mendapatkan tanah jajahan. Setiap mendapatkan bahan mentah dan pasaran.

    Perang berlaku kerana negara Eropah mempunyai dua pakatan iaitu Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga. Faktor lain ialah pembunuhan Franz Ferdinand dan isterinya oleh pengganas Serb.

    (b) Jelaskan kesan Perang Dunia Pertama.

    Kesan Perang Dunia Pertama ialah menamatkan pemerintahan beraja di Eropah. Persidangan Damai pada bulan Jun 1919 membawa kepada Perjanjian Versailles. Perjanjian ini mengubah peta Eropah dengan membentuk beberapa buah negara baru.Perang Dunia Pertama membawa kepada pembentukan Liga Bangsa.

    Kesan lain ialah negara berperang mengalami inflasi yang tinggi. Negara ini juga menanggung beban hutang peperangan yang tinggi. Berlaku masalah pengangguran.


    Pasaran dunia diambil alih oleh Amerika dan Jepun. Britain kehilangan 1/3 daripada perdagangan luarnya. Perang Dunia Pertama juga menyebabkan korban nyawa yang besar.

    (c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah sesebuah negara dapat mengelakkan berlakunya peperangan ?

    Peperangan boleh dielakkan jika semua Negara menjalin hubungan persahabatan. Mereka juga boleh mengamalkan dasar berkecuali / tidak memihak
    kepada mana-mana blok. Setiap Negara juga mesti menghormati kedaulatan negara lain. Ini termasuk tidak mencampuri urusan negara lain.

    Setiap Negara boleh menyertai pertubuhan-pertubuhan serantau / dunia.
    Ini membolehkan pertelingkahan diatasi secara rundingan. Setiap Negara perlu mengamalkan sikap toleransi dan mengelak perlumbaan senjata.


    BAB 10 TING 4:

    1. (a) Apakah faktor yang mendorong imigran China dan India ke Tanah Melayu sejak abad ke -19 hingga awal abad ke-20 ?

    Faktor mendorong imigran China dan India ke Tanah Melayu ialah Kepesatan pembangunan sektor pertanian dan perlombongan di Tanah Melayu. Buruh China
    di bawa masuk untuk bekerja di lombong-lombong bijih timah dan buruh India di
    ladang-ladang getah. Kemasukan imigran ini adalah dasar British kerana kekurangan tenaga buruh dalam bidang perlombongan dan pertanian.

    Penghijrahan mereka tidak pernah ditentang oleh orang Melayu. Ini kerana telah wujud hubungan tradisi antara Tanah Melayu dengan India. Penghijrahan ini juga kerana kestabilan politik di Tanah Melayu serta kekayaan sumber alamnya.
    Ianya juga kerana kemiskinan di tempat asal.



    (b) Terangkan cara kemasukan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu pada abad ke-9.

    Kemasukan buruh Cina melalui sistem tiket kredit. Bakal imigran dikumpulkan oleh kheh-tau (ketua). Imigran (sin kheh) ini diletakkan di bawah pengawasan nakhoda kapal atau agensi buruh. Golongan sin kheh membuat perjanjian untuk menjelaskan hutang mereka secara bekerja dengan majikan untuk tempoh tertentu.
    Mereka dibekalkan dengan tiket ke pelabuhan yang dituju.Tiba di pelabuhan, mereka diambil oleh pemborong buruh yang akan mendapatkan majikan untuk mereka.

    Kemasukan melalui sistem pengambilan kakitangan, majikan akan menghantar pegawainya ke China untuk mendapatkan buruh. Segala perbelanjaan dan tambang dibiayai oleh majikan. Pegawai akan mengiringi buruh tersebut hingga mereka sampai ke tempat majikan.

    Kemasukan melalui sistem pengambilan rumah kongsi. Pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di negara China yang dilantik oleh sesebuah rumah kongsi.
    Pegawai tersebut membiayai perbelanjaan buruh sehingga mereka sampai di rumah kongsi.

    Kemasukan buruh India melalui sistem buruh bebas. Buruh datang sendiri dengan biayaan masing-masing. Buruh ini bebas memilih tempat dan pekerjaan yang mereka kehendaki.

    Kemasukan melalui melalui sistem kontrak. Majikan akan membiayai tambang mereka ke Tanah Melayu. Buruh akan bekerja dengan majikan untuk jangka masa tertentu dengan bayaran minimum.

    Kemasukan melalui sistem kangani. Seseorang kangani / tandil / ketua / mandur diberi lesen dan dihantar pulang ke India untuk mencari buruh. Kangani diberi wang pendahuluan untuk perbelanjaan buruh ke Tanah Melayu. Sistem ini diharamkan kerana penyelewengan oleh kangani.


    c) Peningkatan jumlah kedatangan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu telah meninggalkan kesan sosial. Jelaskan pernyataan di atas berasaskan pengetahuan sejarah anda.


    Kesan sosial kedatangan imigran ialah Pembentukan masyarakat berbilang kaum / majmuk. Wujud petempatan yang berbeza-beza mengikut kaum, iaitu orang Melayu di kampong, orang India di lading-ladang dan orang Cina di bandar dan kawasan perlombongan.

    Jenis pekerjaan yang berbeza mengikut kaum iaitu orang Melayu sebagai petani. Orang India buruh lading dan orang Cina pelombong dan peniaga. Penggunaan bahasa yang berbeza dalam pertuturan kerana bahasa ibunda yang berbeza.

    Kesan lain ialah Tidak terdapat interaksi antara kaum dan Tidak ada perpaduan antara kaum. Wujud sistem pendidikan vernakular iaitu sekolah aliran Melayu, Sekolah aliran Cina dan sekolah aliran Tamil.

    Kesan lain ialah pembangunan tidak seimbang antara wilayah serta perbezaan taraf hidup antara orang tempatan dengan imigran